mrs secretary

Sabtu, 8 Julai 2017

Bukan mudah berpantang ni!

Assalamualaikum...(^^)

Serius terkesan dengan kisah ibu yang masih dalam pantang tu meninggal dunia, baru 48 hari umur bayinya. Lagilah keadaan Mas yang tengah sarat mengandung sekarang dan akan beranak tak lama lagi. Sedih baca kisah ibu tu, cuma Mas tak nak fikir sangat. Mas sentiasa doa semoga kandungan sihat, selamat sewaktu melahirkan nanti dan dapat jalani tempoh berpantang dengan baik. 

Sapa berani cakap berpantang ni mudah! "Alaaaaa dahlah cuti 3 bulan, pastu setakat jaga anak dan susukan anak je." Hoiiiii jangan cakap senang, bukan itu sahaja yang ibu² berpantang ni buat. Mereka kena memasak, mandikan anak, berjaga malam bila anak meragam dan mana nak jaga kesihatan dan emosi lagi. Kalau semuanya mudah ramailah ibu² yang nak beranak setahun sorang kan?


Yang paling penting masa berpantang ni sokongan dan bantuan suami, kerana dia orang paling dekat dengan kita. Sebab tu Mas akan cakap dengan husband semasa berpantang "Saya tak kuat abang, jadi abang kena bantu saya sebaik mungkin. Saya kadang tak mampu jugak nak kawal emosi kalau dah terlalu penat." Bagi Mas komunikasi camni penting!

Syukurlah Mas dapat husband yang memahami dan banyak membantu, lagi pun dia sangat galakkan Mas berpantang betul². Dia pernah tengok arwah mak jaga Mas berpantang masa beranakkan Atikah dan Arfan dulu. 60 hari bersalai, 60 hari bertungku, 60 hari minum air akar kayu dan pantang makan sangat dijaga. Jadi masa berpantang sendiri lahirkan Airis husband memang ikut apa yang arwah mak buat, dia sediakan tempat salai dan bakarkan tungku tiap² pagi. Makan minum Mas pun dia jaga, ikut menu berpantang betul². Pastu kalau dia nampak Mas penat sangat, dia tak bagi buat apa². Rehat je sambil susukan dan tidurkan anak, kerja rumah dia akan buat!


Pastu kita yang berpantang pun kena pandai kawal emosi dan jaga diri, kena sentiasa kuat semangat. Kalau terlalu penat kita rehat je, jangan stress dan dok fikir banyak lagi kerja rumah tak selesai. Diri dan kesihatan kita serta bayi tu lebih utama. 

Al-Fatihah untuk ibu yang meninggal tu, moga suami dia tabah dan dapat besarkan anak² dengan baik. Kita jadikanlah kisah itu ikhtibar, tak perlulah nak salahkan sesiapa ye! 

2 ulasan:

  1. aah, pantang kena betul2, beruntung kalau ada yang jaga masa pantang, IQ dulu mak mertua yang jaga sebab Arwah Ummi IQ masa tu tak larat sangat

    BalasPadam
  2. nad masa pantang fariza pun dah hampir meroyan..hahaha..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com