Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 3 Julai 2017

Duit raya anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali raya anak² paling seronok, selain dapat berhari raya mereka jugak dapat kumpul duit raya. Macam anak² Mas setiap kali balik kampung mereka akan pusing keliling kampung pergi beraya ke rumah jiran². Untung ada rezeki dapatlah kumpul duit raya. Tapi sebelum tu Mas dah pesan awal² jangan minta duit raya jika orang tak bagi, biarlah niat nak datang beraya bukanlah nak duit raya je.


Pastu bila dah habis cuti raya, misi mengira duit raya pun bermula. Macam anak² Mas dah diajar, dapat je duit raya terus bagi pada Mas. Memang tak akan buka sampul tu dan tengok berapa jumlah yang diberi. Bila dah habis cuti raya nanti barulah buka satu persatu sampul dan kira berapa jumlah yang dapat. Camni baru seronok sebab 3 beradik ni akan tengok sapa paling banyak dapat, kalau ada yang dapat kurang dari adik beradik lain Mas akan tambah supaya semuanya dapat sama rata. Kalau tak nanti ada yang berbunyi "Alaaaaa apasal kita dapat sikit, kakak dapat banyak." Hehehee!

Ke mana duit raya tu digunakan? 

Biasanya Mas akan tengok berapa banyak duit yang dapat, kalau banyak separuh akan disimpan dan separuh lagi digunakan untuk persekolahan mereka. Macam Atikah dia dah besar jadi duit memang dia nak kumpul sendiri, dia bagi Mas separuh untuk simpan dan separuh lagi dia gunakan untuk beli buku² latihan dan peralatan sekolah. Mas tak nak melarang sebab duit tu dia yang dapat, jadi biarlah dia guna asalkan untuk kebaikan. Macam duit Arfan dan Airis pulak memang Mas yang pegang, separuh akan simpan dan separuh lagi gunalah untuk beli pakaian dan peralatan sekolah mereka.


Kenapa tak simpan semua? Bagi Mas terpulang pada kita ibu bapa cara nak gunakan ke arah mana duit raya anak² tu, asalkan untuk anak². Tak kisahlah nak simpan sikit ke, belanjakan sikit ke untuk keperluan mereka janji duit tu memang khas untuk anak². Janganlah kita pulak yang guna dan belanjakan duit raya anak² untuk beli barang² keperluan rumah pulak, itu memang tak baguslah kan. Ada rezeki dapat banyak kita simpanlah banyak dan ada rezeki dapat sedikit kita simpanlah sedikit dan gunakan untuk keperluan mereka sedikit, tak salah pun!

4 ulasan:

  1. dah boleh kire duit raya dahhh hihihi

    BalasPadam
  2. betul2, duit anak kena spend untuk anak2 sahaja. IQ ada sorang je anak, so memang simpan untuk dia je la, duit raya selalunya akan simpan dalam tabung haji, ada untung dapat pergi haji awal. =)

    BalasPadam
  3. betul setuju.terpulang pada cara masing2..macam farah pun anak2 kecik lagi..ada benda yang diorang berkenan guna duit yang dapat je..separuh lagi simpan bank..:)

    BalasPadam
  4. Bagus kak mas konsep tambah bagi sama adil...bestnyaaaaaaa dpt mak cm ni...nak jadi anak akak lah boleh hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com