Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 15 Julai 2017

HB rendah lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Sekali lagi HB ada masalah, kali ni agak rendah sangat berbanding sebelumnya. 13/7 lepas Mas ada check up seperti biasa, sebelum ke klinik memang doa harap takde apa² masalah. Sebenarnya ini kali pertama Mas ada masalah HB rendah, mengandung yang lepas² takde pun.

Timbang berat, tekanan darah dan ujian air kencing takde masalah pun tapi bila ujian HB terus kantoi. 9.5 je HB, memang rendah sangat. Terus nurse cakap kena ambil darah dekat makmal, ini ujian secara menyeluruh dan lebih tepat. Fuhhhhh mulalah seram sejuk badan ni bila dengar kena ambil darah, Mas kan fobia sikit dengan jarum ni. Tapi nak tak nak kena hadap jugak kan? 


Nasiblah hari tu urat bagi kerjasama yang baik, sekali cucuk je dah kena tepat pada urat. Kalau tak Mas memang masalah bab cari urat darah ni, kadang cucuk 2-3 kali pun darah tak nak keluar. Ujian darah ni dipanggil Full Blood Count (FBC), dia akan tunjukkan ketepatan HB dan samada kita ada anemia atau tak. Keputusan FBC Mas tetap tunjukkan HB yang rendah iaitu 9.9 je, tapi doktor cakap anemia takde. Tapi temujanji akan datang pada 1/8 kena buat lagi sekali FBC ni, huhuhuu! 

Bila dah ada masalah HB ni dapatlah Iron Tablet dan Obimin, tiap hari kena telan 3 biji. Masalahnya Mas memang tak boleh makan vitamin ni, bila makan mulalah pening kepala, loya, mual dan sampai muntah². Hadoiiiii memang tak larat nak hadap, tapi kalau tak makan camne nak tambah darah bagi HB cantik. Jadi kena jugak cari alternatif lain dengan ambil makanan yang boleh tambah darah. Sekurangnya ia dapat membantu kan?


Sekarang yang paling senang Mas lebihkan makan hati ayam, bayam merah + hijau dan brokoli, itu je yang senang nak beli. Lagi pun itu je yang boleh makan dan takde apa² masalah. Kurma dan kerang pun bagus, tapi Mas ni kurang sikit makan benda manis macam kurma tu dan kerang tak boleh makan sangat nanti kena cirit birit. Harap dengan makanan tambahan ni HB akan cantik bila check up bulan depan, tak sanggup dah nak tadah lengan kena cucuk jarum. Sakit wooooo!

4 ulasan:

  1. makan kerang mas cpt naik...

    BalasPadam
  2. makan jambu batu kak mas , take care k

    BalasPadam
  3. HB rendah lagi ya mas

    Masih minum kopi teh nescafe dan milo ya?

    Ada kafein

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Tapi saya memang tak minum manis² ni, air masak je hari².

      Padam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com