mrs secretary

Rabu, 5 Julai 2017

Kaki bengkak ketika hamil

Assalamualaikum...(^ ^)

Serius, ini pertama kali Mas kena kaki bengkak ketika hamil. Masa mengandungkan Atikah, Arfan dan Airis dulu takde pun, elok je dari awal mengandung hinggalah beranak. Kali ni di usia kandungan 6 bulan kaki dah mula membengkak, macam kaki gajah dah Mas tengok. Besar semacam. hehehee!

Bila tanya kakak² Mas mereka kata biasanya mengandung kembar darah akan kena kaki bengkak camni. Mas pun kurang pasti sebab tak pernah mengalami, tapi bila dah kena lain macam rasa sakit dia. Kaki selalu kena krem dan lenguh² terutama bila duduk lama di pejabat dan selepas memandu. 


Mula kaki ni membengkak selepas balik dari kampung beraya hari tu, selepas memandu dari Salak Tinggi ke Temerloh lebih kurang 3 jam. Sampai je kampung kaki dah mula rasa sakit dan lenguh², pastu dari betis hingga ke hujung kaki keras semacam je. Sekali tengok kaki dah macam membengkak, bila nak berdiri dan berjalan rasa sakit mencucuk terutama kalau jalan atas simen. Nasiblah kakak ada minyak urut, bila sapu rasa lega sikit. 

Ingat masa kat kampung tu je jadi camtu, bila dah mula memandu hari² ke tempat kerja masalah kaki bengkak ni makin menjadi. Setiap kali balik dari kerja mesti rasa kejang dan sakit sangat kaki, keras je betis. Nak pijak dan berjalan memanglah susah, lagi² rumah lantai mozek kan? Pastu hari² kena suruh husband urut perlahan² dengan minyak setiap kali sebelum tidur supaya betis tu jadi lembut sikit, kalau tak memang tak boleh tidur. 

Bila dah kena camni tak tau sangat apa nak buat, maklumlah pertama kali kena. Jadi Mas google jugaklah tips dan cara² nak atasi keadaan ni. Jadi sekarang bila duduk terlalu lama kat pejabat kena letak kaki atas kotak A4 camni, supaya dapat bantu kelancaran darah. Kalau biar kaki tergantung lama² tu lagilah mudah bengkak dan kejang, maklumlah kat pejabat memang banyak habiskan masa duduk di kerusi mengadap komputer je. 


Kat rumah pulak Mas kena pakai selipar khas yang jenis refleksologi tu, barulah kurang sikit rasa sakit. Sebab bila pijak lantai mozek yang sejuk tu lagi rasa bisa, pakai selipar ni legalah sikit. Masa tidur pulak memang kena letak kaki atas bantal yang tinggi sedikit untuk bagi rasa selesa. Kalau tak sampai ke pagilah tak boleh tidur dengan lena sebab kaki rasa kejang semacam. Fuhhhhh seksa jugak kena kaki bengkak ketika hamil ni kan? 

Check up 13/7 ni baru nak tanya doktor sebab sebelum ni kaki tak bengkak lagi, harap takdelah yang serius. Korang yang pernah mengalami kongsilah sikit tips yang boleh membantu Mas ye.

5 ulasan:

  1. IQ dulu kaki tak bengkak sangat, tapi selalu krem je. tengah tidur pun boleh krem. menangis nak bagi hilang krem tu

    BalasPadam
  2. Saya selalu gak dengar masalah kaki bengkak masa preggy ni..

    BalasPadam
  3. kaki bengkak tandan bersalin tak lama lagi.

    BalasPadam
  4. takde tips, kita tolong doa je supaya mas sihat.hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com