terkini dan sensasi

Selasa, 4 Julai 2017

Keterujaan Airis nak dapat adik

Assalamualaikum...(^ ^)

Tak lama dah, lebih kurang 3 bulan lebih lagi Airis bakal jadi kakak. Keterujaan dia memang tak boleh selindung dah, hari² dok cerita itu ini pasal adik baby. Apa yang dia nak buat bila adik lahir, adik nak tidur kat mana, adik kena hantar taska ke tak dan macam² lagilah dia tanya. Hehehee, penat mama nak jawap semua pertanyaan tu!


Satu lagi bab nak adik lelaki ke adik perempuan, setiap hari tak tetap pendirian. Kadang nak perempuan, kadang nak lelaki dan kadang² nak dua². Hahahaa mana nak cari lagi sorang Airis oiii, mama bukan mengandung kembar. 

Sebenarnya Mas tahu dia tak kisah pun dapat adik apa, tapi Mas saja suka² dok tanya dia. Lelaki ke perempuan itu kuasa Allah yang tentukan, yang pasti bila adik lahir pasti dia akan sayang kan? Bukan setakat teruja nak tahu jantina adik, nama adik pun dia dah siap pilih. Haaaaa lagi advance dari mama ni, mama pun tak fikir lagi nak bagi nama apa. Tunggu scan jantina dulu baru fikir nama yang terbaik. 

Bab pilih nama tu dia yang pilih sendiri, Mas takde pun suruh atau tanya. Tetiba masa raya tu siap cakap "Mama kalau dapat adik perempuan Airis nak bagi nama Alisha, kalau adik lelaki pulak nama Firdaus". Haaaaa kau, pandai pulak pilih nama! Bila tanya mana dapat nama tu, terus cakap itu nama kawan² Airis kat Pasti. Hahahaa, nama kawan² kau ye jadi pilihan.


Tapi takpelah Mas layankan je, janji dia seronok nak dapat adik. Bila dah tahu jantina nanti Mas akan ajak dia sama² pilih nama adik, bagi dia lagi teruja. Cuma sekarang letih nak layan perangai dia yang macam², kadang uji kesabaran jugak. Yelah dia tahu tempoh bermanja tu bakal berakhir nanti bila adik ada, jadi sekarang dia ambil peluanglah. Tapi yang lebih selalu jadi mangsa babahlah, hehehee! 

Tak taulah camne pulak keterujaan dia bila adik dah lahir nanti, jangan cemburu sudah!

6 ulasan:

  1. airis jadi kakak la ye... mesti rajin mengasuh baby ni... :)

    BalasPadam
  2. adik IQ dulu masa baru dapat adik, merajuk sampai nak tidur rumah kawan, sebab jarak dia dgn adik yg baru lahir masa tu 10 tahun, manja sangat...tapi in case airis sendiri teruja nak dapat adik, mesti tak ada masalah punye.=)

    BalasPadam
  3. Tak lama lg kak.. Sebaya la anak kita nanti yea

    BalasPadam
  4. nampak mmg suka baby ni,insya allah tak cemburu hehhehe

    BalasPadam
  5. Memang nampak ciri2 kakak dah pada airis...pandai kakak pilih nama utk adik ye...sedap nama2 tu...x sabar nk tgk bb akak yeyy

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com