Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 29 Julai 2017

Lepat Pisang Berangan

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas memang penggemar kuih Lepat Pisang, kalau dulu masa arwah mak masih ada memang selalu suruh dia buat. Boleh makan sampai berbiji²! Pastu bila dah kahwin dan ada anak yang jugak gemar makan kuih² tradisional ni, maka mamanya kenalah belajar buat. 


Senang dan kacang je nak buat lepat pisang ni tapi Mas kalah sikit bab nak membungkus tu. Jadi sebelum belajar buat, Mas belajar dulu cara² nak bungkus. Dah mahir baru minta resepi dengan adik dan cuba buat. Ikutkan mudah sangat caranya, tak perlu kongsi resepi pun ramai yang dah tau kan? Tapi atas permintaan seorang kawan Mas kongsikan jugak resepi Lepat Pisang Berangan versi Mas.

Bahan-bahan
Sesikat pisang berangan
2 cawan tepung gandum
Sesenduk gula pasir
Sesenduk gula merah
1 cawan santan pekat

Cara² membuatnya
1. Lenyek pisang sehingga betul² hancur dan tidak berketul. Nak kisar guna blender pun boleh tapi jangan letak air nanti aduanan akan jadi lembik.

2. Pastu masukkan santan, gula pasir dan gula merah. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau aduan sehingga sebati. 


3. Bungkus lepat dalam daun pisang yang telah dilayur dan dipotong. Cara nak bungkus kalau tak tahu boleh tengok video di youtube, ada banyak. Pastu kukus lebih kurang ½ jam sehingga lepat masak. 

Haaaaa kemudian makanlah panas², memang tak sedar habis 5 biji. Selamat mencuba!


3 ulasan:

  1. sesal dahulu pendapatan. sesal kemudian lapar di pagi hari.. huhuhuh

    BalasPadam
  2. S3dapnya kak mas ! Mak selalu buat huu windu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com