Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 31 Julai 2017

Misi basuh dan kemas

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh makin dekat nak bersalin ni makin berdebar pulak rasa, nak² bila dah sibuk buat macam² persiapan ni. Masa nilah kepala dok fikir semula camnelah sakit bersalin tu, hahahaa maklumlah dah 5 tahun tak beranak kan? Aihhhhh tapi malas fikirlah bab tu, doa moga dipermudahkan dan selamat je. Sekarang kita fikir bab persiapan yang tak lengkap² lagi ni!


Hari minggu lepas misi membasuh dan mengemas barang² untuk kegunaan diri sendiri dan baby nanti. Selongkar balik apa yang guna masa Airis dulu, tengok masih elok atau tak. Yang paling penting kelengkapan untuk penyusuan ibulah, takde semua tu susah nanti. Alhamdulillah botol² untuk pam susu, beg susu, ice pack, sterilizer dan pemanas susu masih dalam keadaan baik dan elok untuk guna. Jimat sikit, tak perlulah nak beli baru kan?

Cuma botol susu untuk baby belajar guna botol nanti je yang tak elok dah, maklumlah dah 5 tahun kan. Lagi pun memang tak bagus guna botol susu yang dah disimpan lama ni walaupun dari jenama yang bagus. Nanti bila nak ajar baby guna botol barulah beli, buat masa ni beli yang perlu dulu.


Pastu baju² kakak Airis pun Mas selongkar jugak dan pilih² baju mana yang sesuai untuk baby lelaki. Walaupun belum scan jantina tapi Mas pilih dan kemas untuk ikut naluri dulu. Jadi dapatlah 6-7 helai baju tidur dan baju harian yang rasanya sesuai dipakai oleh baby lelaki, pastu stokin pun dapatlah 4-5 pasang. Nanti dah betul² pasti jantina barulah beli untuk tambahan kan? Macam bedung, kain lampin dan barut baby tak perlu beli baru sebab yang lama masih elok. Selagi boleh jimat kita jimat kan?

Untuk persiapan diri Mas pulak masa pantang nanti ada jugaklah barang yang kena beli baru macam bengkung dan stokin. Bengkung lama turun temurun yang Mas pakai dari beranakkan Atikah dulu entah hilang ke mana, puas dah cari. Mas pakai bengkung yang lebar jenis tali lilit² zigzag camni, suka bengkung ni sebab selesa dan sedap pakai. Pastu akar kayu pun dah dapat cari penjual yang jual online, tunggu nak beli je. 


Haaaaa itulah misi Mas sepanjang 2 bulan mendatang ni selagi tak lengkap semuanya. Walaupun dah banyak kali beranak tapi setiap kali nak dapat anak baru mesti ada jugak benda yang kena beli kan? Tapi Mas bernasib baik sebab banyak barang² lama yang masih elok jadi misi basuh dan kemas jelah!

3 ulasan:

  1. memang patut prepare dari awal...xdelah nanti kalang kabut...huhuhu

    BalasPadam
  2. selagi boleh jimat, kita jimat kak mas, hihi. saya plak excited!

    BalasPadam
  3. misi dah berjaya basuhlaa eh hihihi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com