Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 18 Julai 2017

Pengalaman susukan anak

Assalamualaikum...(^ ^)

Apa yang penting bagi Mas bila dah melahirkan anak ialah mahu menyusukan bayi kita sepenuhnya dengan susu ibu sehinggalah umur anak 2 tahun. Mas dah ada 3 orang anak, tapi hanya Airis je yang menyusu badan lama. Masa Atikah dan Arfan hanya hingga umur 6 bulan sahaja sebab waktu tu Mas kurang dapat pendedahan tentang pentingnya penyusuan ibu.


Masa tu memang takde usaha langsung nak beli pam susu, takde pun simpan stok susu badan. Hanya susukan anak sepenuhnya sehingga umur mereka 1 bulan dan selepas tu terus ajar botol dan beri susu tepung sebab selepas 2 bulan dah mula bekerja. Waktu bekerja pun takde langsung dok pam susu, biar jelah susu membengkak sehinggalah waktu balik kerja. Bila dah ambil anak cepat² suruh dia menyusu sebab susu dah penuh sangat, haaaaa memang cetek ilmu masa tu. Masuk je umur anak 6 bulan susu dah mula tiada dan akhirnya kering. 

Pastu bila dah mengandungkan Airis Mas terus tekad nak susukan dia sepenuhnya sehingga umur 2 tahun. Semasa mengandung banyak Mas baca info² pasal penyusuan ibu, lagi pun kesedaran tentang kepentingan penyusuan ibu ni dah dititikberatkan oleh pihak hospital. Jadi masa tu terus siap sedia beli kelengkapan pam susu untuk simpan stok susu bila dah mula bekerja. Hari² memang konsisten pam baik di rumah atau pejabat, dan alhamdulillah berjaya susukan Airis sehingga umur dia 2 tahun. 


Untuk anak yang bakal dilahirkan ni pun Mas akan usaha sehingga berjaya susukan dia sampai umur 2 tahun. Set pam susu baru pun dah survey, nanti usia kandungan dah 7 bulan bolehlah beli. Kena beli yang baru sebab pam lama dah rosak, tapi takpe demi anak mama sanggup. 

Itulah pengalaman susukan 3 orang anak Mas dan bakal lalui pengalaman baru susukan bayi yang bakal dilahirkan nanti. Sebenarnya semua ibu boleh susukan anak mereka sehingga umur 2 tahun atau lebih, cuma kena kental dan kuat semangat. Kena jaga makan, jaga emosi, konsisten pam setiap hari dan yang penting nikmati pengalaman susukan anak tu dengan seronok. Setiap anak tak sama pengalamannya, yang penting kita tak putus asa dan yakin boleh!

6 ulasan:

  1. Nak susukan anak memang kena ada ilmu kan sis

    dan peralatan yang betul

    Senang

    BalasPadam
  2. Kata kunci kuat semangat dan kental tu memang betul

    Tak mudah

    Mama pun dah buat untuk anak no 2

    BalasPadam
  3. Good luck Mas! InsyaAllah akan berjaya...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Cabaran untuk si ibu kan.. Ibu memang terbaik!

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    BalasPadam
  5. Saya pon mlalui pengalaman yang sama. Dari cetek ilmu tentang pentingnya susu ibu, sampai la sekarang dah ber-pam susu badan.. haha... gigih mengepam untuk anak...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com