terkini dan sensasi

Selasa, 11 Julai 2017

Perancangan cuti bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas ni tinggal sekali lagi je cuti bersalin bergaji penuh, ada 90 hari lagi. Maka ini memang hamil kali terakhirlah, umur pun dah dekat 40an. Lepas ni ai nak pasang badan ala² Che Ta pulak, hahahaa!

Berbalik pada perancangan cuti bersalin ni, sejak ianya boleh pilih nak cuti 2 bulan atau 3 bulan Mas memang pilih 3 bulan. Pastu sekarang pun dah boleh ambil cuti bersalin awal 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin, ini memudahkan ibu² nak buat persiapan bersalin. Masa beranakkan Atikah Arfan dulu merasa cuti 2 bulan je pastu dah naik kerja, masa Airis barulah Mas ambil 3 bulan. Pastu sambung jugak cuti tanpa gaji 2 bulan, baru puashati jaga anak sampai umur dia 5 bulan. Nak hantar taska pun tak risau sangat sebab dia dah besar sikit.


Untuk kali ni Mas pun akan ambil 3 bulan jugak memandangkan baki cuti bersalin ada 90 hari je. Pastu cadang akan sambung cuti tanpa gaji 2 atau 3 bulan, nak lama sikit jaga anak dan susukan dia sepenuh masa. Tarikh jangka bersalin pada 18/10/17, jadi Mas cadang jugak nak ambil cuti awal 2 minggu. Biasalah dah dekat² nak beranak tu mood nak datang kerja memang ke laut dah, hehehee!

Pastu bagi Mas sekarang ni memang perlu ambil cuti bersalin dan cuti tanpa gaji jaga anak lama sikit, sebab lebih mudah nak hantar taska bila anak dah besar sikit. Macam Mas ni sejak Airis memang hantar anak ke taska, lainlah masa Atikah Arfan dulu hantar kat pengasuh. Dengan pengasuh takpe sebab dia jaga anak Mas sorang je, jadi tumpuan tu lebih kepada anak kita. Tapi kalau taska ni ramai baby, kalau umur 2-3 bulan tu sangat perlukan perhatian lebih. Jadi bila dah ramai tu takut tumpuan pada baby kita agak kurang, nanti kita tak puashati. Tapi kalau anak kita dah umur 5 bulan ke atas dia dah kurang meragam, hanya nak susu dan tidur je. Pihak taska pun mudah nak jaga dan kita pun boleh bekerja dengan senang hati!


Fuhhh tinggal 3 bulan je lagi ni, dah boleh cetak borang permohonan cuti bersalin dan isi. Pastu cuti tanpa gaji nak ambil 2 bulan ke atau 3 bulan ni, lagi lama lagi syok berkepit dengan anak. Hehehee!

8 ulasan:

  1. best ye debaran nak beranak pulak kak mas...semoga semua dipermudahkan amin....kak mas bagusnya cuti besarkan anak 5 bulan baru htr pengasuh...terbaik sgt kak!

    BalasPadam
  2. hihi, seronok habis ni. cuti lama2 memang heaven.

    BalasPadam
  3. Semoga urusan bersalin kak mas nanti dipermudahkan.. jaga diri baik2 ya

    BalasPadam
  4. wahh.. moga dipermudahkan kak mas..

    BalasPadam
  5. Untung baby dpt mama fokus lebih lama

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com