Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 27 Julai 2017

Persediaan untuk berpantang

Assalamualaikum...(^ ^)

Bulan ni dah genap usia kandungan 7 bulan, fuhhh cepatnya masa. Lagi nak dekat bersalin ni lagilah macam² persiapan kena buat kan, untuk baby dan untuk diri sendiri semasa berpantang. 

Mas memang seorang yang mengamalkan pantang secara ketat, maklumlah dah diajar oleh arwah mak sejak anak pertama lagi. Kebanyakkannya Mas ikut pantang tradisional secara turun temurun yang arwah mak amalkan, kalau ikutkan memang rumit tapi bila diri dah terbiasa ia akan jadi ikutan. Bagi Mas memang bagus ikut cara arwah berpantang sebab walaupun umur dah dekat 40an Mas tak pernah alami sakit² badan, sakit² urat dan sakit kepala yang teruk.

Persediaan pertama Mas untuk berpantang ialah tempat bersalai. Haaa ni dari anak pertama tau Mas amalkan, 44 hari berturut² tanpa henti! Mas akan bersalai selama 2 jam iaitu waktu pagi dari jam 5-7 pagi dan waktu petang dari jam 5-7 petang. Masa ada arwah dulu berpantang kat kampung jadi bersalai memang guna api kayu. Sebulan sebelum Mas bersalin arwah abah dah kumpulkan kayu api dan siapkan katil untuk bersalai. Seksa memang seksa wooo, selama 2 jam dok atas api yang panas 2 kali sehari. Tapi demi nak sihatkan badan terutama bahagian dalaman, Mas sanggup! Lepas tamat tempoh bersalai 44 hari memang badan rasa sihat, segar, kuat dan urat² serta rahim semua dah pulih. 


Sebab itulah bila berpantang sendiri masa Airis tu Mas gigih jugak suruh husband buatkan tempat bersalai. Tapi tak dapatlah guna kayu api sebab susah nak carikan jadi Mas gunakan arang kayu je. Walaupun bukan kayu api tapi tahap kepanasannya tetap sama, 2 jam bersalai memang basah lencun dengan peluh. Tempat salai pulak Mas guna katil hammock husband. 

Pastu persediaan lain ialah bertungku dan minum air akar kayu, ini wajib diamalkan. Mas guna tungku tradisional tau, tungku batu sungai. Bukan tungku herba yang rebus² tu, tak berkesan sangat! Sedap guna tungku tradisional ni, bakar batu tu pastu bungkus dengan daun mengkudu dan kain tebal. Tahap kepanasannya lebih tahan lama dan berat batu tu boleh buat urat dan rahim cepat kecut.


Air akar kayu pulak Mas akan minum selama 60 hari, untuk kesihatan dalaman ni. Kalau dulu arwah mak yang selalu belikan, sekarang kena cari sendiri. Memang agak susah nak cari tapi Mas tetap usahakan, kalau tak minum rasa tak lengkap pulak tempoh berpantang tu. Minum panas², fuhhhhh syok dan berpeluh² badan.

Haaa itulah 3 persediaan penting Mas untuk hadapi tempoh berpantang, yang lain macam berurut dan jaga makan tu memang Mas amalkan jugak. Siapa kata berpantang sendiri tak boleh disiplin, janji kita kena kuat dan hendak buat. Kalau nak fikir bosan, malas dan tak mampu nak ikut memang tak menjadilah kan? Nanti tanggunglah sakit² badan dan urat bila dah berumur.

Mas cakap dari pengalaman bukan memandai² ye. Ai nak badan macam Che Ta bila dah 40an nanti!

7 ulasan:

  1. Nanti tlg share ye air akar kayu beli dimana.sy pun kena pantang sendiri nanti..ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.massaari.com/2017/08/beli-akar-kayu-online.html?m=1

      Padam
  2. aah nak tahu gak beli akar kayu katne.. leh share kat member yang tengah sarat dah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. baca sini.
      http://www.massaari.com/2017/08/beli-akar-kayu-online.html?m=1

      Padam
  3. selamat berpantang akak... hihihi

    BalasPadam
  4. Selamat menjalani tempoh berpantang Mas..
    Take care..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com