Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 6 Julai 2017

Persiapan untuk baby pulak!

Assalamualaikum...(^ ^)

Haaaaa raya dah berlalu, sekarang misi untuk fikir persiapan nak bersalin pulak. Hujung bulan ni kandungan dah masuk usia 7 bulan jadi bolehlah mula sikit² cari barang baby, bukan lama sangat dah masa. Pejam celik pejam celik nanti sedar² dah nak beranak. Lagi pun lebih baik beli sikit² dari sekarang, takdelah rasa terbeban sangat berbanding beli sekaligus.

Setakat ni Mas ada senaraikan sikit² barang apa nak beli, banyaklah jugak sebab dah 5 tahun tak beranak kan? Macam tilam dan bantal baby memang masih ada yang lama tapi kena tengok dulu kondisinya, kalau masih elok tak perlulah beli yang baru. Ingat nak beli tilam jenis baby nest camni, nampak macam senang nak letak baby terutama kalau dalam kereta. Pastu baby pun mesti selesa kalau letak dalam tu, takdelah teralih sana sini kan? Dah tengok harga, nanti kalau rasa perlu mungkin akan beli. Kita survey dulu!


Baju² baby pulak kena tunggu scan jantina dulu barulah boleh beli. Kalau perempuan memang tak perlu membelilah sebab baju² Airis dulu banyak sangat, tapi kalau lelaki wajiblah membeli sebab baju Airis tak banyak yang unisex. Baju abang Arfan masa baby memang dah takde, semua dah sedekah kat orang. Pastu barang² macam lampin pakai buang, tisu basah, tuala mandi, tuala muka dan toiletteries tu memang kena belilah.

Cuma sekarang yang paling penting nak beli ialah pam susu, susah kalau takde sebab itulah benda utama kan? Pam susu yang guna masa Airis dulu dah rosak, kalau nak hantar baiki kos dia sama dengan beli baru. Jadi nak tak nak lebih baik beli yang baru kan? Kali ni Mas nak cuba jenama Lacte pulak, ramai cakap bagus jenama ni. Dulu Mas pakai jenama Autumn, bagus jugak cuma cepat rosak. Pakai 6 bulan je dah rosak, bila hantar baiki mahal jugak kosnya. 


Macam barang² yang nak guna bila baby dah besar sikit seperti stroller, carseat dan walker semua ada lagi yang lama, masih elok. Jadi tak perlu pening² fikir nak beli yang baru, pakai selagi boleh kan? Selagi boleh berjimat kita berjimat, tak perlulah baby baru semua nak baru!

Ok jom kira bajet untuk keperluan baby pulak, hehehee!

10 ulasan:

  1. IQ dulu pakai pam susu jenama NUK, tak guna sangat sebab susu tak banyak keluar. Sayang la plak...

    seronok shopping barang baby ni. hehe

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan semua .. :') bila la dapat giliran ..hekhek Opss lom kawen lagi haaha

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan... prepare awal tak kalut kan.

    BalasPadam
  4. Dah boleh buat persiapan sikit-sikit tue .nanti kalau dah sarat letih nak mencari barangan untuk baby ..apa pun semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  5. Wow! Mesti best kan sopin-sopin.. Semoga kandungan kak mas dan akak baik saja sehingga bersalin

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan urusan ye..teringin nak merasa semua ni haraplah ada rezeki.Baby nest tu comel! nak angkat baby pun senang, angkat dengan bekas tu sekali, takdelah risau terjaga.

    BalasPadam
  7. Cantik baby nest tuu..
    Nina pun Ada by Cekebum. Bagus kualiti nya

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com