Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 25 Julai 2017

Promosi ke Hanoi City Vietnam dengan Traveloka

Assalamualaikum...(^  ^)

Setiap kali melancong apa yang kita perlukan selain bajet? Ye sudah tentulah tiket penerbangan dan hotel penginapan, kalau tak camne kita nak sampai ke destinasi dan bercuti dengan selesa kan? Pastu mesti kita nak pakej penerbangan dan hotel yang sesuai dengan bajet, barulah boleh rancang percutian dengan lebih sempurna!


Haaa sekarang korang tak perlu risau pasal semua tu, hanya muat turun Traveloka App dan sekelip mata masalah selesai. Jangan tak tau, Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair. Betul, Mas dah pernah tempah hotel dengan Traveloka. Memang sangat berbaloi dengan bajet dan banyak promosi menarik yang ditawarkan!
Lagilah sekarang Traveloka ada buat promosi hebat ke Hanoi City, Vietnam. Mas memang tak pernah ke sana, tapi dari apa yang Mas baca ia merupakan tempat pelancongan yang menarik. Hanoi City telah berusia 1000 tahun lebih, ia merupakan salah satu kota terbaik di Asia dengan kekayaan budaya, arkitektur yang megah, pemandangan indah dan keramaian kotanya. Ia jugak merupakan pusat kebudayaan Vietnam, banyak dinasti² Vietnam meninggalkan jejaknya di kota tersebut. Antara tempat² menarik yang boleh dilawati di Hanoi City adalah Hanoi Opera House, Hanoi Old Quarter, Pentas Wayang Air, Muzium Ethnology, Temple of Literature, Ho Chi Minh Mausoleum, Truc Bach Lake, Long Bien Bridge, Hanoi Botanical Garden, Vinpearl Water Park Royal City dan banyak lagi.



Haaa banyak tempat menarik di Hanoi City kan! Jadi berbalik pada promosi hebat Traveloka, sekarang terdapat potongan sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan ke Hanoi City, Vietnam melalui Traveloka App. Promosi ini bermula dari 28 Julai 2017 (Jumaat) sehingga 30 Julai 2017 (Ahad), iaitu selama 3 hari. Fuhhh 3 hari je tau, jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik ni! 

Mas sertakan syarat² untuk promosi hebat Traveloka App ni:

1. Promosi hanya untuk penerbangan ke Hanoi City, Vietnam melalui Traveloka App sahaja.
2. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu dan dapatkan potongan harga sebanyak RM50 (menggunakan kod kupon SEALFLYHAN)
3. Setelah dapat pengesahan tiket, anda akan menerima email kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Jumlah mininum bagi tiket penerbangan mestilah RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam. 
4. Tempoh tempahan bagi tiket penerbangan : 28-30 Julai 2017 (Jumaat-Ahad)
5. Tempoh tempahan bagi hotel : Selepas menerima email setelah pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31 Julai 2017.
6. Tempoh perjalanan : Bila-bila masa


Wowww memang mudah dengan Traveloka App, korang hanya perlu tempah sekarang dan melancong pada bila² masa. Jika kita bijak merancang percutian, pasti dapat jimatkan bajet dan dapat bercuti dengan seronok. Lagi pun harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi tau! Pastu Traveloka jugak adalah aplikasi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun. Haaa apa lagi muat turun sekarang Aplikasi Traveloka untuk promosi hebat ni, jangan teragak² dah!

Selain Hanoi City, Vietnam banyak lagi destinasi percutian menarik yang korang boleh pilih, hanya layari Traveloka. Pasti janjikan yang terbaik untuk anda!

25 ulasan:

  1. Bila la nak sampai vietnam ni.. aduhhh tabung tabung..

    BalasPadam
  2. Haah traveloka dah makin digemari ramai sekarang. Saya pun dah install apps dia

    BalasPadam
  3. Memang mudah ngan Traveloka!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi selasa

    Bagus juga ada aps yang macam macam ni

    Kalau dulu ada trivago boleh banding harga hotel kalau nak jalan

    Sekarang ni siap ada aps yang boleh booking hotel dan juga tiket flight

    Makin senang nak berjalan jalan kan

    Bila banyak orang berjalan

    Banyak jugalah cukai perlancongan yang akan di kutip nanti

    Hehe

    Semua duit yang keluar

    BalasPadam
  5. tak pernah sampai hanoi lagi..... HCM selalu p .... org kata hanoi ni sejukkkk

    BalasPadam
  6. Mudahnyee 👏👏👏 Good info 👍👍👍

    BalasPadam
  7. baru lepas tengok2 hotel yang best di traveloka.tengok entri kak mas,makin tak sabar rasa nak bercuti.

    BalasPadam
  8. Macam tau tau je juju nak pi sini...tq kak mas share nak piiiiiiiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  9. Wahhh...menarik ni...siap ada potongan lagi....best2!

    BalasPadam
  10. Nak pegi vietnammmmm... dlm waiting list lg haha

    BalasPadam
  11. Lama dah teringin nak ke Hanoi...bagus Traveloka App..memudahkan..

    BalasPadam
  12. Miera suka travel guna traveloka je.. Mmg harga lebih berpatutan..

    BalasPadam
  13. Traveloka memang bagus.... Slalu guna kak, mudah je...

    BalasPadam
  14. Bestnya melancong ke Hanoi ni. Tambah best sebab dapat melancong dengan harga jimat dengan Traveloka app ni..

    BalasPadam
  15. Boleh try nanti ni...ank saudara pun selalu guna traveloka

    BalasPadam
  16. Harap2 sampailah kite ke vietnam 😉😉😉

    BalasPadam
  17. Teringin betol nak pegi...kene kumpul duit byk2 ni

    BalasPadam
  18. nak pergi tapi takde geng. ahahaha.. nti adamasa nk pi sana la . tunggu ckupduit dlu. macam senang je guna traveloka ni .

    BalasPadam
  19. Bestnya Hanoi, bawak family pi holiday bestnyaaa

    BalasPadam
  20. memag nak pergi ..

    cuma dalam pakej berbulan madu..

    in shaa Allah akan berlaku juga nanti

    hehehehe

    BalasPadam
  21. Samalah kita teringin nak g vietnam

    BalasPadam
  22. wow traveloka ada buat promotion ke..rugi ni kalau tak book melalui Traveloka sekarang

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com