Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 30 Ogos 2017

15th Anniversary | Mengimbau kenangan 21 tahun

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum berkahwin kami dah bercinta selama 6 tahun, dari tahun 1997 hingga ke tahun kami dinikahkan pada 2002. Kiranya dah 21 tahun kami bersama, dan alhamdulillah jodoh tu kuat sehingga ke ulangtahun perkahwinan yang ke-15 ni. 

Mengimbau kembali ke 21 tahun yang dulu, bagaimana kami berkenalan seterusnya bercinta dan akhirnya bertunang serta berkahwin. Detik berjumpa kali pertama masa tu, Mas baru lepas habis SPM dan bekerja sebagai kerani di kedai buat wiring. Kebetulan pulak tempat Mas bekerja tu bersebelahan dengan bengkel welding dia.


Haaa masa tulah mata bertentang mata, hati tergoda dan terpikat cinta pandang pertama, hahahaa kemain kan? Tapi masing² takde nak luahkan perasaan terus, kami cuma bertegur sapa dan berkawan macam biasa. Sehinggalah suatu hari Mas nak balik kerja, tunggu bas dan teksi punyalah lama tapi takde. Sekali dia ajak tumpang naik kereta, mula² malu tapi dalam hati mahu sebenarnya. Hehehee kenalah kawal sikit kesopanan tu kan, kang nampak sangat Mas yang terhegeh². 

Sepanjang perjalanan tu memang kami tak bercakap pun, Mas dok pandang luar tingkap je dan dia khusyuk memandu. Tak tahu nak cakap apa weihhh, malu aihhh sebab pertama kali naik kereta dengan lelaki. Bila dah sampai tu tiba² dia cakap, "Nak nombor telefon awak, boleh tak?" "Haaa minta nombor telefon, nak bagi ke tak bagi ni." Kalau tak bagi nanti melepas, jadi dengan tersipu² malu tu bagi jelah. Masa tu takde handphone lagi, bagi jelah nombor telefon rumah. Dia siap pesan lagi, "Malam nanti saya telefon." Fuhhhhh berbunga² hati masa tu, hehehee nampak sangat gatal kan?


Malam tu dia telefon dan kebetulan pulak malam merdeka, macam² kami bualkan dan tak kekok pulak berbual dalam telefon. Masa tengah syok berborak tu tiba² dia tanya, "Awak suka saya ke?" Haaaaa sudah, tetiba tanya soalan camtu! Nak mengaku kang macam Mas pulak yang terhegeh², tapi kalau tak mengaku kang melepas pulak. Jadi dengan segan silu terus Mas cakap, "Ya saya suka awak!". Fuhhhhh masa tu lega rasa sebab dah luahkan perasaan yang terpendam di hati, malu pun malulah janji dapat. Pastu dia pun mengaku sukakan Mas jugak, elehhhh baru nak mengaku kan? Masa tu jugak baru tahu yang dia tak pernah bercinta dan berkawan dengan perempuan, patutlah malu² ngaku dia sukakan Mas. Nasib ai buat muka tak malu mengaku dulu, kalau tak abang melepas tau. Hahahaa!

Dari situlah kami rapat dan terus bercinta sehinggalah Mas sambung belajar di UiTM, dan masa tu bercinta jarak jauhlah. Lepas dekat 3 tahun bercinta, barulah mak ayah kami dapat hidu perhubungan tu dan alhamdulillah mereka merestui. Tahun 2000 mak ayah dia ambil keputusan suruh kami bertunang sebab dah lama sangat kenal, lagi pun mereka nak kami serius dalam perhubungan tu. Walaupun masa tu Mas masih belum habis belajar, kami tetap bertunang sebab keluarga dah suruh kan? Jadi kenalah bertunang selama 2 tahun sehingga Mas habis belajar, sebab Mas tak nak nikah masa tengah belajar lagi. Lepas bertunang tahun 2001 dia masuk kadet bomba, berpisah lagi kami.


Akhirnya tanggal 30 Ogos 2002 selamatlah kami diijabkabulkan setelah tempuhi pelbagai suka duka, pahit manis  dan dugaan sepanjang 4 tahun bercinta dan 2 tahun bertunang. Kami pilih tarikh 30 Ogos tu sebab tarikh itulah kami mula luahkan perasaan cinta masing², yang Mas mengaku dulu sukakan dia tu. Hehehee, kira tarikh keramatlah tu! Haaaaa itulah kenangan 21 tahun Mas dan husband, harap ia akan jadi kenangan seumur hidup kami berdua.

Alhamdulillah hari ini 30 0gos 2017, Allah masih panjangkan jodoh kami dan dapat raikan ulangtahun perkahwinan yang ke-15. Moga Allah sentiasa pelihara ikatan ini agar ia kekal hingga ke akhir hayat.


4 ulasan:

  1. Happy anniversary sis..

    BalasPadam
  2. seronok baca. sy plak tersipu2 malu sekali. kihkih

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah daah 15 tahun kawen..syukur syukur.. moga kekal hingga ke jannah ya Mas dan abang bomba.. lya bulan 12 ni 14 tahun laaa kawen hehehe.. kenal dah 19 tahun .. Tahniah sekali lagi Mas..

    BalasPadam
  4. Macam novel cinta. Semoga bahagia hingga ke syurga Mas :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com