terkini dan sensasi

Isnin, 7 Ogos 2017

Anak lelaki nan seorang

Assalamualaikum...(^ ^)

Inilah sorang anak jantan Mas, kalau rezeki dapat adik lelaki ada lah dia kawan nanti. Buat masa ni dia geng rapat dengan Airislah, kadang kamcing sangat dan kadang bergaduh. Tapi bila salah seorang takde, mulalah mati kutu sebab takde geng nak main dan gaduh. Hehehee, gitulah adik beradik!

Dengan kakaknya pulak dah susah nak sama² sebab kakak dah dok asrama kan, kalau tak dulu depalah geng. Tapi bila kakak tu balik sekali sekala adalah mereka borak² dan kadang² tanya pasal pelajaran. Anak dah besar gitulah, jurang dah ada. Rapat tetap rapat, adik beradik kan?


Cuma orang kata anak lelaki ni lain sikit samada dalam pelajaran dan perangai, betul ke tak ek? Tapi kalau Mas tengok anak yang perempuan memang cepat matang sikit, berbanding yang lelaki ni. Pastu bab pelajaran ni anak perempuan lebih rajin dan serius sikit, tapi yang lelaki ni banyak malasnya dan kadang sambil lewa je. Bukan dia tak pandai atau tak tahu tapi biasalah main je yang lebih!

Macam Arfan ni bab perangai tu memanglah tak berapa matang lagi, yelah mungkin belum akil baligh. Tapi pada masa yang sama dia tahulah tanggungjawab sebagai abang kalau bab jaga adik, cuma kami kena selalu ingatkan kalau tak nanti dia leka jugak. Bab basuh dan jemur baju sendiri memang dah boleh harap, semua dia buat sendiri. Tapi bab kemas bilik tu memang liat sikit, hari² mama kena berleter. Hehehee, anak lelaki kan?


Bab pelajaran pulak setakat ni dia mampu dan faham, cuma kena selalu pantau dan pantau. Dia bukan tak pandai atau tak boleh buat tapi selalu leka, ingat main je sepanjang masa. Bila balik sekolah tu, hari² kena tanya ada kerja sekolah tak? Kalau kami terlupa nak tanya, alamatnya memang tak siaplah kerja sekolah tu. Macam tahun depan dia nak UPSR, jadi Mas pun takdelah letak target yang tinggi. Mas doakan dia mampu jawab periksa dengan baik dan dapat keputusan yang baik. Itu je, sebab Mas tahu tahap kemampuan dia camne.

Gitulah anak lelaki Mas nan seorang ni. Mas dan husband tak naklah banding²kan dia dengan kakaknya, setiap anak ada kepandaian dan keistimewaan dia sendiri kan?

4 ulasan:

  1. Takutnya bila fikir anak akan besar , kene struggle betul2 camne nak didik dan bentuk dia uhuhu

    BalasPadam
  2. Seronok la ada sepasang anak. Macam huda banyakkan baca buku parenting supaya kita tidak tersilap didik anak2.

    Btw, blogwalking here. Jemput singgah blog huda >> www.ceritahuda.com

    BalasPadam
  3. Budak lelaki kuat main. Tapi cerdik sangat kalau mak nya tak push (cakap pasal diri sendiri. Huhuhu)

    BalasPadam
  4. Harap ada geng la dia nanti..ehehe..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com