Assalamualaikum...(^ ^)
Salah satu benda yang Mas nak sangat belajar iaitu Scuba Diving, walaupun pada hakikatnya Mas tak pandai berenang. Tapi husband ada beritahu sebab dia mahir Scuba Diving ni, orang tak pandai berenang pun boleh belajar katanya. Cuma perlu belajar di dalam kolam dulu, kalau nak diving di laut agak berisiko dan perlukan orang yang berpengalaman untuk jadi jurupandu. Moga hasrat Mas nak belajar tu akan kesampaian.
Pastu masa Family Day KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort tu kami diberitahu akan ada kelas Scuba Diving oleh orang yang berpengalaman. Masa tu dah teruja nak ikuti tapi tetiba kaki kram masa mandi kolam, langsung tak boleh bergerak dan berjalan. Jadi terbantutlah hasrat nak ikuti, hanya mampu tengok dari jauh je. Seronok tengok rakan² blogger yang lain merasai sendiri pengalaman pakai peralatan scuba dan diving di dalam kolam.
Kelas Scuba Diving ni dianjurkan oleh Muck Dive Scuba yang sememangnya cukup dikenali di Kuantan, mereka beroperasi di Legend Cherating Beach Resort dan De Rhu Beach Resort. Sebelum mencubai sendiri pengalaman tu, mereka diberi penerangan lengkap mengenai apa peralatan yang digunakan, cara nak gunakannya, cara bagaimana nak diving di dalam air dan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan ketika diving. Tak perlu risau sebab kelas ni dikendalikan oleh orang yang cukup berpengalaman iaitu Encik Hazrine.
Bila dah faham dengan penerangan dan apa yang perlu dilakukan, tibalah masa untuk cuba sendiri pulak. Memang satu pengalaman yang berharga bagi mereka yang dapat rasainya, walaupun kena pakai peralatan yang berat tu.
Bagi korang yang berminat nak belajar, ini antara pakej yang disediakan oleh pihak Muck Dive Scuba:
1. Lesen Open Water : RM1200 (theory class, confine water pool, 4 open water dan instructor fees).
2. Leisure Diver : RM350 untuk 3 boat dive, belajar dan merasai pengalaman menyelam di kawasan perkampungan nemo pada kedalaman 10 meter.
Ada banyak lagi pakej yang disediakan, untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:
Facebook: Muck Dive
Instagram: www.instagram.com/hazrineshark
Emel: muckdive@jomdive.com.my
No. Telefon: 013-2861620
Allahuakbar, Pakcu nak target ni, huhu, sekurang-kurangnya dapat merasa aktiviti nie. hihi ada gak boleh cerita kat anak cucu nanti. hihihi
BalasPadamtakut nak berscuba sebab bayangkan tong tu berat, camne nak naik balik dr air..huhu
BalasPadamsyioknyeee.. siap dapat skubaa
BalasPadamSyoknyerrr masa dengar diaorang bagi penerangan bab2 menyelam ni..tapi kita ji takut kat bocong gas tu hahahaha..
BalasPadam