terkini dan sensasi

Sabtu, 12 Ogos 2017

Beli akar kayu online

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila pantang bersalin, akar kayu adalah benda wajib yang kena ada. Memang dari anak pertama lagi Mas amalkan minum air akar kayu, jadi dah terbiasa. Dedulu masa pantang anak pertama dan kedua senang je nak dapatkan stok akar kayu, belum bersalin lagi mak dah tempah dengan bidan kampung. Bidan tu cari dan buat sendiri ramuan akar kayu, kalau nak tempah je dengan dia. 


Tapi sejak mak dah meninggal dan Mas berpantang sendiri masa Airis tu, memang susah nak cari stok akar kayu. Merata cari dan minta mak mertua carikan, pastu minta jugak adik beradik carikan. Dah nak habis pantang 44 hari barulah dapat, itu pun adik yang tolong belikan. 

Jadi nak berpantang kali ni Mas gigih cari, dan tergerak hati nak cari online di Facebook. Tak sangka pulak memang ada orang jual secara online kelengkapan berpantang cara tradisional ni. Haaaaa memang pucuk dicita ulam mendatanglah, senang sikit nak beli. Teruslah Mas order 2 peket akar kayu, pastu beli jugak bengkung zigzag tu sebab yang lama dah lesap entah ke mana. 


Kat mana Mas beli? Mas beli kat kedai online Tungku Batu Sungai Gedung Ibu. Haaa kenapa nama kedai dia camtu, sebab barang utama yang dijual ialah tungku batu sungai. Pastu ada jugak dijual kelengkapan bersalin tradisional dan moden seperti akar kayu, kayu sepang kederang, pil manjakani, pilis, param, mandian herba, tungku herba, tungku bayi, bengkung, barut bayi dan macam² lagi.

Haaaaa memang macam² keperluan ibu berpantang ada di kedai online ni, lengkap semuanya. Pastu kalau tak nak beli satu², mereka ada jugak jual Set Pantang Bajet RM100. Ada lebih kurang 10 barang dalam set tu dan dapat hadiah percuma lagi, pastu ada pilihan set A, B dan C. Pilihan set tu ikutlah mana barang yang kita nak dan perlu dibeli, memang berbaloi.


Jadi untuk korang yang nak pantang bersalin tu atau ada adik beradik yang akan berpantang boleh pilih kedai online ni untuk beli set kelengkapan berpantang tradisional atau moden. Nak beli senang je, boleh ke Facebook mereka di Tungku Batu Sungai Gedung Ibu atau beli di gedungibu.easy.co. Boleh jugak whatsapp di talian 012-3480745.

3 ulasan:

  1. Sekarang ni mudah semua online... bagus kann

    BalasPadam
  2. Wah, bestnyee.. Tungku batu tu ssh nak cari zaman skrg ni.. Suka mandi herba kalau time pantang..

    BalasPadam
  3. ya allah bestnya. Sekarang ni susah sangat nak cari set bersalin yang ada pun dari brand skincare bukannya original punya. Terima kasih share!

    p/s : Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com