Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 9 Ogos 2017

Bila husband uruskan anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau dulu masa mereka masih bersekolah di Cyberjaya memang Mas yang uruskan persiapan anak² ke sekolah. Pukul 5.30 pagi dah kejut mereka, mandi dan sarapan. Pastu 6.15 pagi memang dah keluar hantar mereka ke sekolah, dalam 6.40 pagi camtu mereka dah sampai sekolah. Pastu Mas hantar Airis pulak ke taska dan sebelah petang Mas akan ambil mereka jugak, gitulah rutin setiap hari.

Tapi sejak tahun lepas anak² dah tukar sekolah ke Salak Tinggi, jadi semua urusan persiapan mereka ke sekolah setiap pagi husband yang uruskan. Mas memang tak boleh nak uruskan sebab pukul 6.20 pagi dah keluar pergi kerja, masa tu mereka tak bangun tidur lagi. Lepas Mas pergi dalam pukul 6.30 pagi barulah husband kejutkan. 


Cuma anak² ni bila dengan husband mereka bagus sangat, nak kejut bangun tidur pun senang. Takde pun nak buat perangai terutama si Airis, elok je bangun dan pergi mandi. Pastu masa siap pun gembira je, takde pun nak merengek² bagai. Atas motor masa nak pergi sekolah pun boleh nyanyi² lagi babahnya bagitau. Arfan pun sama, kejut sekali terus bangun pergi mandi dan bersiap pun cepat. 

Haaa tapi kalau mamanya cuti dan ada kat rumah, masing² terus liat nak bangun dan ada je drama di pagi hari. Si Airis tu automatik bangun tidur dan mandi sambil menangis, pastu tengah siap pun merengek². Siap tanya kat Mas lagi, "Mama kenapa Airis kena sekolah, bukan cuti ke? Sebab Airis tengok mama cuti je!" Hadoiii itu yang tak menahan, kalau mama cuti dia pun kena cuti sekolah jugak. Arfan pun liat jugak nak bangun, bila mama bawak segayung air barulah terhegeh² nak pergi mandi. 

Haihhh gitulah anak² bila dengan mak kan, manja terlebih dan saja nak perhatian. Kalau dengan babahnya boleh pulak cemerlang, takde nak buat hal. Jadi sebab tu kalau Mas cuti saja je cakap mama kerja tapi pergi lambat, takdelah si Airis tu nak cuti jugak. Hahahaaa, anak²!

2 ulasan:

  1. anak2 kalau dengan mama memang jadi manja, tapi kalau dengan ayah dia, laju je..sebab tahu ayahnya ada auranya tersendiri. sekali jeling je dah siap..haha

    BalasPadam
  2. kalau dengan bapak memang bagus..hahaha..macam fariza la..geram je..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com