Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 16 Ogos 2017

Cuti dah lulus!

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah, lega rasanya bila permohonan cuti bersalin dan cuti tanpa gaji dah diluluskan oleh bos. Tinggal lebih kurang sebulan lebih lagi kena kerja bila ditolak cuti Sabtu Ahad dan cuti umum. Bukan apa, tak larat betul rasanya nak memandu ke tempat kerja. Hari² dok mengidap kaki kram dan sakit pinggang, tapi demi cari rezeki Mas gigih jugak. Bukan tak boleh harapkan husband hantar jemput pergi kerja tapi dia bekerja syif, jadi memang susahlah. Pastu nak uruskan hantar anak² ke sekolah lagi. 


Ramai jugak kawan cakap rugi ambil cuti bersalin awal, tapi bagi Mas nak buat camne kalau keadaan diri tak mengizinkan. Kalau ikutkan bulan 8 ni je nak datang kerja, bulan 9 nak mintak cuti sakit selama sebulan. Tapi apakan daya memang tak boleh, jadi tawakal dan gagahkan diri memandu pergi kerja hari². Doa semoga perjalanan dipermudahkan dan Mas mampu bekerja sehingga tiba masa cuti tu.

Mas akan mula cuti bersalin 2 minggu awal dari tarikh dijangka bersalin, saja ambil awal sebab nak berehat dan tenang²kan fikiran. Dicampur jugak dengan faktor tak larat nak memandu tu, jadi biarlah ambil awal. Cuti bermula dari 4/10/2017 hingga 1/1/2018, selama 90 hari. Pastu sambung pulak cuti tanpa gaji selama 2 bulan dari 2/1/2018 hingga 2/3/2018. Haaaaa nak rehat puas² sambil berkepit dengan anak je, hehehee!


Lagi satu masa cuti tu jugak nak cari taska untuk baby sebab belum dapat taska lagi ni. Taska yang hantar Airis dulu ada cuma tak tanya lagi ada kosong tak untuk bulan Mac tahun depan. Mas memang akan hantar taska sebab baby dah 5 bulan masa tu, jadi takdelah risau sangat. Nak cari pengasuh pun bukan senang sekarang, Mas kalau boleh nak yang jaga anak Mas sorang je. Bukan apa senang dia nak bagi perhatian penuh pada anak kita je, bayar mahal sikit pun takpe.

Mulai hari ni dok menghitung hari jelah nak cuti panjang, tak sabar rasanya. Gitulah kan bila nak cuti lama, pastu nanti dah puas cuti liat pulak nak masuk kerja semula. Hahahaa, itu normallah kan?

4 ulasan:

  1. takpe kak. cuti lama rehat puas2. hehe.

    BalasPadam
  2. Sekarang nak cari pengasuh jaga anak kita sorang tu mencabar kak mas...wah bestnya cuti 5 bulan...confident sikit anak dh besar nak bg org mengasuh kan...semoga dipermudahkan sis

    BalasPadam
  3. Selamat bercuti panjang. Semoga Mas sihat-sihat selalu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com