terkini dan sensasi

Selasa, 1 Ogos 2017

Harap ada rezeki husband

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap kali bersalin mesti isteri nak suami ada di sisi kan, sebab dialah kekuatan kita untuk tempuh saat² sakit melahirkan tu. Lagi pun itulah masa dia nak hargai dan tau susah payah isteri beranak kan?

Macam Mas memandangkan ini yang terakhir mengandung dan beranak, dah tentulah Mas nak sangat husband dapat bersama² masa dalam dewan bersalin tu. Bukan menolak rezeki dapat anak lagi lepas ni tapi cukuplah, umur pun nak 40an dah. Nak tengok anak² membesar pulak kan?


Ye memang masa Atikah, Arfan dan Airis lahir husband takde rezeki nak tengok, terkilan jugaklah dia. Masa Atikah memang tak bolehlah sebab Mas beranak C-zer. Masa Arfan dan Airis memang tak sempat sebab depa ni tak sabar sangat nak keluar, hehehee! Lepas hantar Mas macam biasalah husband kena parking kereta dulu, pastu uruskan pendaftaran masuk wad bersalin. Sekali bila cakap dengan jururawat nak masuk tengok isteri mereka beritahu Mas dah bersalin. Memang tak sempat tunggu, masuk dewan bersalin zuppppp anak terus keluar!

Nak buat camne Mas memang jenis tak sakit lama kalau air ketuban dah keluar, 5-10 minit je dah beranak. Jadi tak sempatlah nak tunggu babahnya! 

Jadi Mas harap sangat kelahiran kali ni ada rezeki husband nak tengok camne anak dia lahir. Dia pun harap camtu, moga Allah permudahkan dan bagi peluang tu. 

6 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan ... hehehe.. bila due date tu kak ?

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, ada peluang suami kak mas tengok baby lahir. =)

    BalasPadam
  3. semoga di permudahkan kak mas

    BalasPadam
  4. semoga murah rezeki semuanye Insya Allah Amin3

    BalasPadam
  5. Insha Allah Ada rezeki abahnya nanti..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com