Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 15 Ogos 2017

Inai celup merah dan cantik

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebenarnya dah ramai yang tanya kat mana Mas beli inai setiap kali mereka tengok tangan Mas berinai, cantik merahnya. Jadi hari ni Mas nak ceritalah kat mana Mas beli, memang cantik dan merah inainya serta harga pun berpatutan. Mas memang pembeli setia, setiap kali habis stok inai mesti akan beli dengan kedai online dia.


Inai Celup Mummy Syasya nama diberi, dan pengusahanya ni menetap di Kelantan. Tapi agen²nya ada di serata tempat, boleh je tengok Facebook dia di Inai Mummy Syasya. Pastu dia bancuh dan bungkus sendiri inai kat rumah, jadi memang dijamin halal dan boleh bawa solat. Inainya memang guna daun inai asli dan bahan² yang halal, jadi tak perlu risau untuk pakai. 

Pastu pilihan inai² dia pun cantik², memang rambang mata kalau tengok. Ada warna Crimson Cherry, Redmummy, Blackmummy, Pinkmummy dan Red Marron. Haaaaa tengoklah warna²nya, cantik kan? Kalau Mas paling suka inai Redmummy, warna dia memang merah dan cantik sangat kalau pakai kat tangan. Nampak menyerlah dan bila Mas pakai semua akan puji, "Wah cantiknya dan merahnya inai!"


Selain inai celup ada jugak dijual inai cone, ia sesuai untuk pakai kat kuku atau nak lukis² kat tangan. Pastu kalau nak belajar lukis dan ukir inai kat tangan sendiri, dalam Facebook dia pun ada diletak video tutorial dan corak² ukiran inai yang ringkas dan cantik. Mas memang lukis sendiri, tiru dari gambar dalam Facebook tu. Tapi Mas lukis corak² yang mudah jelah, yang rumit² tu kena belajar dulu.

Tengoklah hasil Mas inai dan lukis kat tangan sendiri, cantik kan warnanya. Yang ni Mas guna pilihan warna inai Redmummy. Baca kat sini jugak, cubaan mengukir inai.


Jadi kalau korang nak berinai untuk bertunang ke, berkahwin ke atau saja² nak pakai untuk majlis makan malam dan hari raya bolehlah beli inai celup di kedai Mummy Syasya ni. Mesti puashati punya dengan hasilnya, cantik sangat warnanya! 

Instagram: @mummy_syasya
Whatsapp: 011-2653448

1 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com