Assalamualaikum...(^ ^)
Anak² selalu jugak bertanya, "Mama bila kita nak makan kat luar, lama dah tak pergi." Hurmmm memang betul tu, dah jarang kami makan kat luar anak beranak. Rasanya tahun nilah paling jarang, sekali dua tu adalah dalam sebulan. Kebanyakkannya semua masak di rumah, rasanya lebih jimat!
Bukanlah kami nak berkira dengan anak², tapi kalau ada rezeki lebih sekali sekala kami pergilah. Tapi di zaman serba mahal dan di zaman duit segalanya ni kami kena berjimat, banyak lagi keperluan lain yang mesti diutamakan. Kalau asyik nak fikir makan di luar, bergembira tengok wayang, membeli belah tak tentu masa, fuhhh memang tak cukup bajet. Kena utamakan yang lagi penting macam minyak kereta, belanja sekolah anak hari² dan keperluan ketika kecemasan.
Sekarang memang hari² masak sendiri je kat rumah, beli bahan mentah takdelah mahal sangat berbanding makan di luar. Nasiblah kami dan anak² bukan jenis memilih sangat bab makan ni, apa yang dimasak kami makan je. Janji perut kenyang kan? Mas pun pergi kerja lebih suka bawak bekal, roti untuk sarapan dan nasi goreng atau bihun goreng untuk makan tengahari. Dah memadai tu, kenyang sampai ke petang. Cuma anak² jelah diberi duit belanja dan beli makanan di kantin, tengahari nanti husband masak kalau dia tak bekerja shif siang dan waktu dia kerja barulah membeli. Husband pulak kat balai dia selalu ada yang masak kalau hari dia kerja.
Hujung minggu pun lebih suka memasak sekarang, puashati makan satu keluarga. Masak pun tak perlu banyak lauk, satu jenis pun dah cukup dari tengahari bawak ke malam. Kadang buat nasi lemak je, sesuai untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Nak makan kat luar pun dan kurang sebab fikirkan harga yang mahal, kami satu keluarga memang lebih RM50 kalau sekali makan. Yelah bukan salah peniaga, mereka pun terbeban dengan harga minyak naik dan kos bahan mentah yang mahal.
Itulah zaman sekarang, kena lebih berjimat cermat. Duit gaji yang dapat setiap bulan kena utamakan yang lebih penting, kalau tak memang tak cukup!
Ai dari kecil lagi suka makan kat rumah.
BalasPadamMasak sendiri lagi bagus, Selain terjamin kebersihan dan penyediaannya, jimat pun jimat. Mama pun tiap-tiap hari masak je
BalasPadamAssalamualaikum Wrmbth
BalasPadam.
Salam pagi isnin yang produktif :) Apa khabar sis Mas saari
Masak sendiri memang lebih baik
dapat jimat duit
dan kebersihan terjaga
Makan luar pun sihat sangat kan
alhamdullilah
BalasPadambetul tu.. walaupun masing-masing keje.. balik rumah saya tetap akan masak sebab suami suka makan di rumah dari luar.. katanya kalau kat rumah lagi sedap dari kedai kenapa nak makan dekat luar..
BalasPadamSelalunya barang dapur yang akak beli bertahan untuk berapa hari?
BalasPadamI'm still learning untuk berjimat, huhu.
http://panphila.blogspot.my
Akak bila nak masak baru beli, jarang simpan stok untuk 2-3 hari atau seminggu.
PadamMasakan emak selalunya yang tersedap di dunia :) Lagipun masakan rumah ni lain macam sedap berbanding kat luar, penuh kasih sayang kan.
BalasPadambetul tu kan...zaman skang elok makan kat rumah je, bersih dan terjamin sikit..jimat pun jimat..
BalasPadam