mrs secretary

Jumaat, 4 Ogos 2017

Kek Batik versi Mas

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni tahu makan je, tak pulak nak cuba buat. Walaupun tahu cara nak buat dan bahan²nya mudah je, tapi selagi anak tak minta suruh buat maka takdelah mamanya nak buat. Tapi semalam kan birthday Arfan, pastu dia pun mestilah nak kek. Nak membeli kek memang taklah disebabkan harga yang agak mahal. Jadi berbekalkan modal RM20, mama buat Kek Batik je untuk birthday boy!

Resepi ni pun dari apa yang Mas tahu, jadi olah jelah ikut versi Mas sendiri. Janji menjadi dan anak² boleh makan. Inilah resepi Kek Batik versi Mas.


Bahan-bahan
2 peket Biskut Marie
Sepeket milo saiz 200 gram
Seketul butter saiz 250 gram
1 tin susu pekat manis (Mas guna suku je, tak suka manis sangat)
Sesudu besar esen vanilla
Coklat rice untuk hiasan (ikut suka)

Cara² membuatnya
1. Patah²kan biskut marie kepada 4 bahagian. Kalau nak kecik lagi pun boleh, ikut sukalah. Mas guna 1½ pek biskut sebab nak kek nampak tebal dan dapat banyak sikit.


2. Campurkan butter, milo dan susu pekat manis ke dalam kuali dan masak atas api sederhana. Masa masak tu kena selalu kacau supaya adunan tu tak berketul². Bila semua dah cair dan sebati masukkan sesudu besar esen vanilla, ini untuk wangikan adunan dan bagi sedap sikitlah.

3. Bila adunan dah menggelegak dan nampak timbul buih² tu terus masukkan biskut marie tadi. Masukkan sikit² dan kacau hingga semuanya sebati. Pastu bolehlah tutup api dan masukkan adunan ke dalam loyang. Tekan adunan menggunakan senduk supaya ianya mampat di dalam loyang.


4. Akhir sekali taburkan coklat rice sebagai hiasan. Ini ikut suka kitalah, tak nak letak pun takpe. Pastu boleh jugak hias dengan serbuk badam atau coklat cip. Dah siap tu masukkan dalam peti ais bahagian beku lebih kurang 15-20 minit untuk disejukkan.

Pastu bolehlah makan dengan anak², sekejap je licin. Selamat mencuba!


4 ulasan:

  1. Kek paling senang nak buat , sedapp

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam jumaat dari Maznee & selamat pagi massaari

    Sedapnya kek batik ni

    Lagi lagi makan sejuk sejuk kan

    Hmmm

    BalasPadam
  3. alahai sedapnya mas...nk try resipi mas la plak...buat sblm ni slalu tak brapa nk menjadi hehe

    BalasPadam
  4. nad selalu mintak akak ipar buat..sebab dia jual..kek batik dia sedap, tak manis sangat..ikut tekak nad..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com