Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 19 Ogos 2017

Kerap kena kram perut

Assalamualaikum...(^ ^)

Itulah kan, dugaan mengandung tak sama dari anak pertama sehinggalah nak masuk yang keempat dah ni. Kali ni memang agak mencabar, mungkin faktor usia yang dah dekat 40an ni kot? Lagilah usia kandungan dah masuk 8 bulan ni, nak dekat dengan fasa bersalin dah. Fuhhhhh memang kadang nak nangis tanggung keadaan tu.

Apa itu kram perut?
"Kram perut semasa hamil disebabkan kontraksi Braxton Hicks yang sering terjadi pada kehamilan trimester akhir. Jika ianya terjadi, ada baiknya ibu hamil berbaring. Jika sakit terasa di bahagian kiri, maka kena baring ke arah kanan atau sebaliknya."


Haaaaa inilah yang selalu Mas alami sejak masuk trimester ke-3 ni, kerap sangat berlaku. Selalunya kena masa tengah memandu, fuhhh memang tak boleh teruskan pemanduan. Kena berhenti dulu sekejap, rilek dan tarik nafas bagi legakan sikit rasa kram tu. Pastu gosok² sikit perut, dalam 10-15 minit rasa legalah. Maklumlah perut dah besar kan, jadi masa kita memandu tu ia bagi tekanan sikit pada perut. Sebab tu Mas kena menyandar sikit kalau memandu, memang rasa seksa arrr sikit.

Pastu kram perut ni selalu jugak kena masa nak tidur atau tengah tidur, konpem tak lelaplah masa tu. Mengiring ke kanan tak boleh, kiri pun tak boleh. Baring terlentang pun sama tak boleh, memang sakit sangat rasa! Biasanya Mas akan sapu minyak urut je, bukan minyak panas ye. Sapu sikit je nak bagi rasa sakit tu lega, lepas gosok² dalam 15 minit barulah lega dan boleh tidur. Fuhhhhh memang tiap malam tak lena tidur, tapi bersabar jelah sebab tak lama lagi kan?

Bahaya ke kram perut ni? Dari apa yang Mas baca di google ia tidaklah bahaya jika semasa kena tu kita tak hadapi siptom² yang serius seperti sakit semasa buang air kecil, keluar cairan abnormal atau darah dari vagina, muntah, demam dan mengigil. Kalau ada siptom² ni memang kena cepat jumpa doktor, yelah takut ada masalah pada bayi pulak. 

1 ulasan:

  1. Biasanya Lisa tengok kalau dah besarni husband yang antrkan , kena dudukbelakang baru ok . tp tula..tkleh harap kt husband selalu kan sebab kerja

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com