terkini dan sensasi

Isnin, 28 Ogos 2017

Legend Cherating Beach Resort : Janjikan percutian terindah

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebut je Cherating ramai yang dah bayangkan percutian di tepi pantai dengan bunyi deruan ombak dan tiupan angin yang nyaman, syok kan? Mas dah 2 kali pergi bercuti ke Cherating dan kebiasaannya hanya menginap di chalet² atau hotel² bajet sahaja. Tapi minggu lepas lagi sekali Mas ke Cherating kerana ada Family Day KBBA9, dan kali ni berpeluang menginap di Legend Cherating Beach Resort, Pahang. 


Legend Cherating Beach Resort
Pertama kali Mas jejak kaki ke resort ni, dan sebelum pergi tu Mas tengok dulu website dia. Wahhh resortnya terletak di tepi pantai, pastu ada kolam renang yang besar dan luas, ada pulak sediakan pelbagai aktiviti menarik serta kemudahan bilik penginapan yang selesa. Haaaaa terus tak sabar nak jejakkan kaki ke sana!

Legend Cherating Beach Resort ni terletak di sepanjang pantai Cherating dan menawarkan 205 buah bilik dan suite yang luas serta selesa. Bilik²nya yang menghadap pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan memang begitu indah. Setiap bilik mempunyai kemudahan balkoni peribadi dan sambungan WiFi percuma.



Di resort ini jugak terdapat 2 kolam renang besar iaitu Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru dengan kedalaman sehingga 6 kaki dan kolam renang khas untuk kanak² yang menjanjikan keseronokan tak terhingga. Mana taknya anak² Mas setiap pagi dan petang berendam 2 jam di dalam kolam tu, nak ajak naik pun puas!

Pastu ada jugak disediakan kemudahan untuk mesyuarat dan penganjuran majlis dan acara. Untuk acara ini ia mampu menampung sehingga 2,000 tetamu dalam suasana gaya Outdoor Cocktail dan mempunyai beberapa bilik fungsi dan 2 buah dewan yang sesuai untuk bengkel, seminar dan makan malam dalam pelbagai kapasiti.

Pastu pihak resort jugak boleh uruskan BBQ Dinner dalam pelbagai tema, pilih je yang kita suka. Masa Family Day KBBA9 tu, BBQ Dinner kami bertemakan Pirates Night. Memang cantik dekorasi yang disediakan oleh mereka, terbaiklah!

 kredit gambar: website Legend Cherating


Kemudahan bilik penginapan di Legend Cherating
Di resort ini terdapat 7 jenis bilik penginapan yang cantik dan selesa untuk para pengunjung, pilih je mana suka ikut bajet kita. Ada bilik Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Junior Suite, Cherating Suite, Legend Suite dan Penthouse. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan² asas seperti WiFi percuma, TV, cerek elektrik, mini bar, IDD telefon dan kemudahan lain mengikut jenis bilik. 

Semasa di sana Mas dan rakan² blogger berpeluang melihat jenis² bilik yang ada di resort ni, memang selesalah. Terutama bilik yang mengadap laut, tenang dan damai sangat. Harga bilik pun berpatutan dengan kemudahan yang disediakan. Ini beberapa gambar² bilik yang dapat Mas rakamkan.

Deluxe Room

Grand Deluxe Room

Junior Suite

Penthouse

Aktiviti menarik di Legend Cherating
Kenapa Mas cakap di sini janjikan percutian terindah, sebab adanya aktiviti menarik yang boleh korang ikuti. Memang tak akan menyesal punya, semuanya seronok dan berikan pengalaman berharga. Terdapat 4 kategori pilihan iaitu Team Building/Children Activities, Indoor Games, Daily Tours dan WaterSport Activities. Pastu di setiap kategori tu ada pelbagai aktiviti yang boleh dipilih. Sebelum nak pilih aktiviti ni bolehlah berbincang dahulu dengan pihak resort kerana ada aktiviti yang mengikut musim dan keadaan cuaca. 

Semasa kat sana ada beberapa aktiviti yang Mas dan rakan² blogger ikuti, jadi memang Mas sarankan korang sertai jika ke Legend Cherating. Antara aktivitinya ialah:
1. Firefly Tour
2. Telematch
3. Demo Muck Dive Scuba
4. Cara² membuat keropok lekor di Kedai Keropok Lekor Intan
5. Melawat Pusat Penerangan dan Santuari Penyu
6. Mangrove River Cruise
7. Aktiviti lepaskan anak penyu ke laut
8. Sea Rafting



Pastu satu lagi tarikan menarik di sini ialah setiap pagi dan petang dapat melihat keindahan sunrise dan sunset di tepi pantai. Memang cantik sangat, Mas dah saksikannya sendiri. Jadi kalau ke Legend Cherating jangan lupa tengok dan rakamkan gambar sebagai kenangan.



Haaaaa teruja tak baca? Kena cuba bercuti, menginap dan ikuti aktiviti di sini dulu baru tau rasa keterujaan tu. betul tak? Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini.


Contact Person: Encik Meor (013-3319822)

Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur

9 ulasan:

  1. Cantiknya sunset & sunrise kat situ

    BalasPadam
  2. wow bestnya lama anum x pg cherating

    BalasPadam
  3. Menggamit kenangan terindah di Legend Cherating Resort yang pasti tidak akan dilupakan

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Wmbrth

    Salam hari isnin sis mas

    belum balik cherating lagi ya

    lama benar kat sana

    hehe

    BalasPadam
  5. Cantiknye bilik tuuu, sonoknyelaa dapat bercuti camni, tempat cantik dan selesa je nengoknye..

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat luangkan masa bersama bercuti kat The Legend Cherating.. Semua gembira..alhamdulillah moga satu masa nnt berjumpa lagi kita kat Legend hehehe.. Legend memang best dan kita semua enjoy kat sana... Aktiviti jangan cakap la semua best2 belaka..makanan apalagi best sesangat . 5bintang untuk layanan terbaik dari The Legend Cherating... Puas hati !!

    BalasPadam
  7. Cantik permandangn laut cina selatan kan

    tak macam belah selat melaka

    BalasPadam
  8. salah satu resort pilihan jika ke cherating lepas ni.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com