terkini dan sensasi

Selasa, 8 Ogos 2017

Mama 75kg, baby 1.6kg

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah nak masuk 8 bulan barulah berat badan makin naik, kalau tak statik je kat angka 68kg tu. Sekarang berat dah 75kg, penambahan 7kg dari berat sebelum mengandung iaitu 68kg. Oklah tu bagi Mas, sebab biasa kalau mengandung sampailah masa bersalin berat Mas tak pernah lebih dari 80kg. 

Ramai kawan yang cakap, tak banyaklah naik kalau 7kg tu selama 8 bulan. Habis nak buat camne rasanya banyak dah makan, hari² makan nasi. Tapi mungkin sebab dah berusia atau susah nak tidur malam yang buatkan berat tu payah nak naik mendadak. Takpelah janji Mas dan baby sihat kan?


Cuma kat klinik Mas check up ni doktor takdelah nak pantau sangat bab berat badan ni, naik atau turun ke takdelah nak bising. Seingat Mas masa Atikah dan Arfan dulu memang nurse akan bising kalau berat naik banyak atau turun. Siaplah kena bebel! Tapi sekarang tak dah, mungkin mereka lebih pentingkan tahap kesihatan kita yang lain seperti tekanan darah dan HB.

Baby pulak pertambahan berat dia jugak memuaskan, doktor cakap memang sesuai dengan perkembangan usianya. Semalam scan 30 minggu berat baby dah 1.6kg, wahhh semangat anak mama. Patutlah mama selalu mengah bila berjalan atau buat kerja, rupanya dia dah makin semangat. 

Masa scan tu pun doktor cakap tumbesaran baby sihat dan tarikh jangka bersalin pun tepat iaitu 18/10/17. Pastu doktor bagitau jugak normal berat baby akan cecah 3.4kg camtu semasa nak bersalin nanti. Haaaaa memang betullah tu sebab anak² Mas semua lahir berat 3kg ke atas. 

Itulah perkembangan Mas dan baby, alhamdulillah takde masalah. Tinggal sebulan lebih je lagi, fuhhhhh cuak dah ni! 

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah semoga semua baik baik aje ye

    BalasPadam
  2. sihat Alhamdulillah, lahir 3kg ke atas memang semangat tapi seronok anak lahir2 je berat macam tu

    BalasPadam
  3. Bestnya naik tak banyak...saya naik banyak betul...bahagia sungguh la tym peknen tu..haha

    BalasPadam
  4. sy preggy, nak naik 5kg pun ssh. huhu. tensen toi. hahaha. moga smua dpermudahkan utk akak nt..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar dari Maznee & selamat hari khamis sis mas saari

    Semoga semua urusan kelahiran anak lagi sebulan ni lancar

    Memang patut berdebar debar

    Banyakkan berzikir dan selawat. Semoga Allah swt bantu

    BalasPadam
  6. Seronok baca kisah orang pregnant ni kak mas...yg ptg kak mas dan baby sihat...lg sebulan ya sis...wahhh tak sabarnya!

    BalasPadam
  7. semoga dipermudahkan segala urusan dan sihat sepanjang mengandung.
    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..mesti tak sabar nak dia keluar kan..hehee..nad la kene tunggu beberapa bulan lagi

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com