terkini dan sensasi

Rabu, 2 Ogos 2017

Membida di Chilindo.com

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas dengar pasal Chilindo ni pun dari husband, dia yang banyak cerita itu ini. Katanya murah² harga barangan dijual tapi caranya kena membida sehingga berjaya dapat harga yang paling tinggi. Harga barang² biasanya diletak harga dari RM0 hingga RM1, pastu bidalah harga yang kita nak. Kalau bernasib baik boleh menang bidaan, jadi dapatlah beli barang tu.


Mas memang tak pernah masuk website Chilindo ni jadi tak tahu sangat barang apa yang menarik dijual. Cuma menurut husband barang yang dijual takdelah dari jenama mahal² tapi kualiti barang dalam keadaan yang eloklah. Dia pun takdelah membida sampai lebih dari RM50, bergantung pada apa yang nak dibeli katanya. 

Sekarang ni dia dok selalu tengok dan bida barangan baby, adalah beberapa barang dia nak beli katanya. Mas pun tak kisah sangatlah dia nak membeli, janji barang tu memang perlu dibeli dan harga pun tak mahal sangat. Jadi baru² ni dia dok membida nak beli baby carrier, sebab yang lama dah rosak. Bida punya bida dapatlah dia beli dengan harga RM19, haaa murahlah tu dan kualiti barang pun elok. Kos penghantaran pun baru RM8 je.


Pastu bila dok tengok husband syok membida dan beli dengan harga yang murah, Mas pun dok masuk jugaklah website dia. Tengok banyak jugaklah barang² yang menarik, tapi belum tergerak hati lagi nak membida. Kita tengok² dulu mana yang betul² nak beli, tak mahu terjebak lagi membida. Katanya kalau dah terjebak nanti asyik nak membida je, itu dari pengalaman husband Mas lah. Hehehee!

Haaaaa kalau korang yang belum terjebak tu nak cuba membida boleh ke website www.chilindo.com. Tapi kalau nak membida tu biarlah harga yang dibida setimpal dengan kualiti barang yang dibeli, barulah berbaloi kan? Pastu bandingkan jugak harga dengan website online shopping yang lain sebelum membida tu, mana tau ada yang lagi murah. Gitulah, selamat membida!


4 ulasan:

  1. betul, seeloknya dapatkan anggaran harga tu berapa. kalau dah mahal stop la bida

    BalasPadam
  2. web chilindo ni macam berhantu betul, IQ duk main bid sampai sedor dalam cart dah banyak barang...ah sudahhh

    BalasPadam
  3. cam sonok je bida bida cmtu.. nway good luckk

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com