Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 5 Ogos 2017

Penting tau kira pergerakan bayi

Assalamualaikum...(^ ^)

Inilah rutin harian yang wajib kena buat bila usia kandungan dah masuk 28 minggu. Setiap hari kena peka dengan pergerakan bayi dalam perut, tak boleh malas dan buat sambil lewa je. Penting tau untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kita, masa nilah kita nak tau bayi aktif atau tidak.

Kiraan ni perlu dibuat bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam, iaitu dalam tempoh 12 jam. Dalam tempoh tu bayi kita mesti cukup pergerakannya sebanyak 10 kali, bila dah cukup kita catatlah masa genap 10 kali pergerakan tu. Kena pastikan sebelum jam 9 malam bayi kita dah gerak lebih dari 10 kali tau, kalau kurang kena cepat² pergi ke hospital. 


Macam si kecik dalam perut Mas ni biasanya dia akan aktif waktu pagi selepas sarapan, masa tu memang 3-4 kali jugaklah dia dok bergerak, menendang dan menggeliat. Suka sangatlah tu mama dah makan, hehehee! Pastu antara jam 10 pagi ke 12 tengahari dia biasanya akan tidur dan rehat, jadi masa tu kuranglah pergerakan. Lepas jam 12 tengahari barulah dia aktif kembali, mungkin masa ni baby dah tunggu mamanya untuk makan tengahari kot. Jadi biasanya antara jam 2-4 petang baby Mas dah cukup pergerakannya 10 kali. 

Haaaaa lebih kurang camtulah rutin pergerakan baby Mas setiap hari, tapi waktu nak tidur lagilah aktif dia bergerak. Kadang sampai tak boleh tidur lena, hehehee! Tapi takpe Mas suka camtu, sekurangnya Mas tahu dia sihat dan aktif. Sebab doktor beritahu, bahaya kalau bayi kita kurang bergerak. Bukan apa takut bayi terbelit pada tali pusat ke atau jantung dia kurang denyutan, sebab itulah penting kita kena kira 10 pergerakan tu setiap hari. Bila cukup atau lebih maknanya bayi kita sihat!


Pastu masa kira tu janganlah tipu, main agak² je. Tak bagus tau sebab kita tak peka sepenuhnya dengan pergerakan bayi dalam perut tu. Mana tau entah² tak cukup pun bayi kita gerak 10 kali sebelum jam 9 malam, sebab kira sambil lewa je. Malas camne pun kena buat tau, bahaya untuk bayi kalau kurang gerak ni. Memanglah nampak agak leceh kan, Mas pun kadang terlupa jugak. Tapi Mas tetap akan pastikan sebelum jam 9 malam baby dah cukup gerak 10 kali. 

Ok jom mengira! Baby mama bagi kerjasama tau, aktif macam selalu!

3 ulasan:

  1. Saya pernah kena tahan gara gara tak rasa baby gerak...tapi tak de pape..saje dia nak sakat mak dia kot...ahaaha

    BalasPadam
  2. Rasa kick tu yang seronok kan.

    BalasPadam
  3. yup..bab pergerakan tak boleh tipu..takut kita..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com