Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 31 Ogos 2017

Raikan 15th Anniversary @ Cameron Highlands

Assalamualaikum...(^ ^)

Baru tahun ni dapat raikan ulangtahun perkahwinan tepat pada tarikhnya iaitu 30 Ogos, kalau tak selalu lewat sehari atau 2 hari sebab husband bekerja. Biasanya Mas takdelah buat sambutan yang meriah sangat, hanya keluar makan dengan anak² dan buat outdoor photoshoot sebagai kenangan. Biarlah ringkas je kan, janji ada memori untuk anak² kenang bila kami dah takde nanti.


Tapi kali ni perancangan nak raikan ulangtahun perkahwinan ke-15 di Cameron Highlands telah dibuat saat² akhir. Tetiba nak sangat pergi jalan² kat sana dan teringin nak makan strawberi coklat, macam² mak yong ni kan? Hehehee gagah lagi ni nak berjalan jauh walaupun kandungan dah sarat, husband pulak yang naik risau bininya aktif sangat!

Kami mulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi, bukannya apa tak nak sampai lewat sangat kat atas, lagipun gerak pagi cuaca tak panas. Tiba di Cameron Valley jam 12.00 tengahari setelah melalui jalan berliku², sampai je cuaca sejuk berangin menyambut kami. Perghhh syok betul suasana sejuk camtu, jadi kami bercadang nak bergambar kenangan di ladang teh. Tapi sekarang nak masuk ke ladang teh dah dikenakan bayaran RM2 untuk yang berjalan kaki dan RM10 kalau naik tram yang disediakan. Kami pilih nak jalan kaki je, haaaaa gigih kau mak yong ni turun naik tangga ke ladang teh tu. Fuhhhhh semput, rasa macam nak terberanak je.





Dah puas bergambar kami ke Kea Farm untuk borong sayuran dan strawberi, tapi makan masa sikit ke sana sebab biasalah jalan sesak. Pastu kami ke Big Red Strawberry Farm untuk tengok ladang strawberi dan anak² nak merasa sendiri petik strawberi. Sekali masuk ke ladang tu kena petik strawberi sebanyak ½ kilo dengan harga RM25, memang agak mahal tapi anak² nak rasa pengalaman kan jadi pejam mata jelah bayar. Airislah paling seronok dapat petik strawberi, siap cakap semua buah tu dia yang punya.




Kemudian kami masuk sekejap ke Cactus Valley untuk tengok pokok² kaktus yang dijual dan ditanam disitu. Sepasu kaktus yang berbunga dijual dengan harga RM7 manakala kaktus yang tak berbunga dijual dengan harga RM11 untuk 6 pasu. Memang geram tengok pokok² kaktus yang cantik tu tapi Mas tak beli pun sebab takut tak pandai jaga. Kalau mati nanti, rugi je beli. Pastu teruja tengok pokok² kaktus yang ditanam disitu, semuanya hidup subur dan besar² pokoknya. Cantik sangat!




Puashati dapat petik strawberi dan tengok kaktus kami pun gerak nak balik, dalam perjalanan tu singgahlah kat papan tanda I Love Cameron Highlands ni untuk bergambar kenangan. Itu sajalah kisah raikan 15th Anniversary kami di Cameron Highlands, walaupun biasa² je tapi memori tu tetap manis. Sampai di Salak Tinggi jam 9.30 malam, memang agak penatlah tapi seronok. Lepas ni husband siap pesan mak yong tak boleh jalan jauh² dah, tunggu nak bersalin je.


Hehehee, baiklah! Terima kasih abang sudi penuhi permintaan dan raikan ulangtahun perkahwinan kita di Cameron Highlands. Walaupun nampak biasa je tapi Mas tetap gembira, kenangan terindah sangat!

4 ulasan:

  1. Happy anniversary kak. Bukan main lagi larat berjalan. Saya dulu mengidam juga strawberry coklat. hehe

    BalasPadam
  2. Kami pun selalu mengeteh kat sini. Tambahan pula kami dekat je dengan Cameron Highland ni. I tinggal di Batu Gajah, Perak. kalau nak gi CH ni, ambil masa dalam 1 jam je.

    BalasPadam
  3. Dah lama tak pergi cameron..nak ajak husband la

    BalasPadam
  4. Seronoknya..tambah2 bila anak2 ada seklai kan Mas.. yeyy adik baby yang dalam perut pon dah jalan CH dah..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com