Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 24 Ogos 2017

Sea Rafting : Aktiviti menarik @ Legend Cherating

Assalamualaikum...(^ ^)


Bila tengok tentatif program ada aktiviti Sea Rafting, terus cakap pada husband "Saya nak join, mesti best!" Terkejut husband, terus dia cakap "Haihhh larat ke, perut tu nak sorok mana?" Hahahaa, memang tak sedar diri perut dah memboyot kan, tapi teruja oiii tengok aktiviti camni. Kalau keadaan mengizinkan memang Mas tak lepaskan peluang untuk sertai, pengalaman berharga tu!

Sea Rafting ni adalah salah satu aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Legend Cherating Beach Resort. Dengan bayaran RM70 untuk seorang, korang boleh rasai sendiri pengalaman membina rakit dan menguji ketahanan rakit tu di laut. Semasa Family Day KBBA9 tu kami memang bertuah diberi peluang lakukan aktiviti ni, haaa bukan senang tau nak bina rakit sendiri. 




Sebelum memulakan aktiviti kami diberi penerangan oleh pihak resort dan demo cara² nak membina rakit tu. Kenalah ada demo kan, kang tak pasal² rakit jadi perahu pulak! Bila semua dah faham barulah boleh tunjukkan kemahiran masing² membina rakit yang kuat, kukuh dan selamat. Tengoklah tu, bersemangat semua kumpulan membina rakit masing². Macam² kemahiran yang ditunjukkan.

Siap je rakit dibina mereka perlu mengujinya di laut dan berlumba untuk dapatkan bendera kumpulan yang diletakkan di tengah laut. Masa inilah nak uji kekukuhan rakit yang dibina, selamat atau tak bila berada dalam air. Pastu strategi dan kerjasama setiap ahli kumpulan diperlukan untuk pastikan mereka berjaya sampai ke garisan penamat. 



Bukan tu je, lepas dah habis berlumba mereka kena buka balik rakit tersebut. Haaaaa memang perlukan semangat kerja berpasukan yang jitu, kalau tak mesti tak berjaya kan? Tapi semua blogger dan keluarga KBBA9 terbaiklah, mereka berjaya selesaikan tugasan dengan jayanya. Terpancar kepuasan di wajah masing² bila semuanya selesai, menang kalah masa tu dah tak penting. Yang penting tugasan berjaya!


Haaa itulah aktiviti menarik dan paling mencabar disediakan oleh pihak Legend Cherating Beach Resort. Banyak lagi aktiviti lain yang seronok, untuk maklumat lanjut boleh layari website mereka di www.legendresort.com.my.

11 ulasan:

  1. aktiviti paling best sebab terjun laut! yehaaa

    BalasPadam
  2. Best sangat..rasa nak ulang semula..

    BalasPadam
  3. best sgt kan..kak nak gambar tu hihi..

    BalasPadam
  4. Letih sungguh lepas naik ke darat.. hilang tenaga habis..tapi masa di laut..semangat giler.

    BalasPadam
  5. seronoknya teambuilding bina rakit...saya tak pernah join aktiviti bina rakit macamni

    BalasPadam
  6. kita mampu tgk je..Seronok kan

    BalasPadam
  7. Wow buat rakit sendiri. Bestnya!

    BalasPadam
  8. Enjoy sangat aktiviti ni. Next time dah reti la kalau nak buat rakit sendiri

    BalasPadam
  9. lame nye tak main rakit rakit gini.. mesti besttt

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com