terkini dan sensasi

Khamis, 3 Ogos 2017

Selamat Hari Lahir Arfan

Assalamualaikum...(^ ^)

03/08/2017, Selamat Hari Lahir yang ke 11 tahun Arfan Zaquan!

Nak jadi abang pada 2 orang adik dah, cuma sikap kebudak²an tu masih ada. Tapi takpe, Mas tahu dia boleh harap untuk jaga adiknya. Dah besar dah, walaupun banyak main tapi dia tahu tanggungjawab dia pada adik. Nampak sifat abang tu, cuma biasalah anak lelaki ni lambat sikit matangnya. 


Semalam pun dah sibuk dia ingatkan Mas yang hari ni birthday dia, siap pesan jangan lupa buat kek. Yelah masa birthday babah dan kakak dia dulu mama buat kek, jadi untuk dia tak akan takde kan? Mas takdelah buat majlis besaran pun, cukuplah buatkan kek dan boleh dia makan. Cadang nak buat Kek Batik je, itu yang mudah!

Pastu siap dah mintak babahnya belikan beg lagi, untuk hadiah birthday dialah tu. Anak² Mas ni jarang minta hadiah kalau birthday tapi jika ada apa² yang mereka nak masa nilah suruh beli. Kira macam hadiahlah kan? Kami belikan je sebab bukan selalu pun mereka minta macam². 

Doa Mas dan husband untuk Arfan moga dia panjang umur, murah rezeki dan dilindungi Allah SWT sentiasa. Moga dia berjaya dalam pelajaran dan dapat kejar cita² yang diimpikan. Moga jadi anak soleh dan abang yang baik untuk adik²nya. Mama, babah, kakak dan Airis sayang Arfan!

4 ulasan:

  1. hepi besday buat ank mas...may Allah bless you...

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir abg arfan! dah besar dah...boleh jadi abang yang bertanggungjawab untuk adik2 nti InsyaAllah =)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com