Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 10 Ogos 2017

Update blog setiap hari

Assalamualaikum...(^ ^)

Sapa update blog dia setiap hari, angkat tangan!

Blog ni dah umpama rutin harian! Setiap hari mesti nak buka blog, mesti nak baca blog kawan² dan kadang tu kalau bosan baca semula entri² lama. Gitulah Mas setiap hari, dan Mas percaya blogger lain pun sama kan? Blog umpama jiwa kita dah, tak lengkap kalau tak buka blog walau hanya satu hari.

Jadi sekarang memang update blog setiap hari, kalau tak menulis satu hari tu rasa lain macam je. Kalau sesebelum ni ada jugaklah hari yang tak update, tapi sekarang setiap hari ada entri. Walaupun kadang tu buntu nak menulis apa tapi tetap fikir dan cari idea apa nak dijadikan entri. Kalau ada entri kerja tu tak jadi masalah sebab dah ada entri apa nak ditulis. Macam Mas yang jarang ada entri kerja ni memang ketandusan idea nak menulis, tepu oiii otak fikir idea.


Tapi walau apa pun satu entri satu hari tetap ada, setakat ni alhamdulillah masih konsisten. Cuma hari Ahad je Mas tak update apa² entri sebab bagi Mas itu hari untuk keluarga, jadi bagilah blog rehat sehari kan? Jika ada kelapangan Mas tetap jugak buka blog dan baca blog kawan² yang ada cerita terkini. Dari membaca tu mana tau boleh dapat idea untuk tulis entri esok hari.

Entri yang Mas tulis setiap hari tu biasanya berkaitan keluarga, anak² atau isu semasa. Tapi sekarang banyak entri pasal kehamilan Mas lah sebab tengah mengandung kan, itu jelah modal nak update entri. Pastu boleh jugaklah dijadikan kenangan dan kongsi pengalaman dengan kawan². Mana tau dari entri tu boleh dijadikan panduan dan ilmu, dapatlah Mas manfaat sikit kan?

Pastu kalau update blog setiap hari ni seolah bagi semangat pada Mas untuk terus menulis, selagi termampulah. Sayang lagi pada blog ni, tak nak dia berkubur camtu je!

4 ulasan:

  1. IQ kalau hujung minggu dan tetiba cuti emergency mesti tak dapat nak update blog. duduk rumah layan anak tak sempat nak update blog...huhu

    BalasPadam
  2. Kak mas memang rajin ,sllu naik kat bloglist hadoi xleh lawan haha kipidap kak mas , kdg baca je xsmpat komen

    BalasPadam
  3. tahniah kak.. mood dkna masih kelaut nak update tiap hari, rasa macam tak cukup 24 jam..kikiiii

    BalasPadam
  4. Saya pun cuba untuk update blog tiap2 hari

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com