Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 25 Ogos 2017

Zing+ Detergent Film : Mudah, jimat dan selamat

Assalamualaikum...(^ ^)

Korang ada masalah tak dengan sabun pencuci baju yang digunakan sekarang? Contohnya kena guna banyak baru baju bersih atau alergik pada kulit korang. Haaaaa masalah tu akan selesai dengan sabun pencuci baju yang Mas nak perkenalkan kat korang ni, mari baca sampai noktah terakhir tau!


Zing+ Detergent Film : Mudah, jimat dan selamat
Ia adalah kombinasi serbuk pencuci, pencuci dalam bentuk cecair, pewangi pakaian dan pelembut pakaian yang diproses menjadi detergent film menggunakan teknologi khas dari Jerman. Ia selamat digunakan dan mesra alam kerana bebas fosfuros, tiada bahan peluntur dan biodegradasi. Pastu berat sekeping Zing+ Detergent Film ni hanyalah 4gram dan ketebalannya pulak ialah 0.1cm sahaja. Dalam satu pek ni mengandungi 30 keping film dengan berat 120gram.


Haaa sebab itulah Mas kata ianya mudah, jimat dan selamat. Mudah sebab peknya yang kompak dan ringan memudahkan kita bawa ke mana saja, kalau nak pergi bercuti pun boleh bawa. Jimat sebab sekeping film tu adalah gabungan pencuci dan pelembut, jadi tak perlulah nak beli asing² dah lepas ni. Pakai je Zing+ baju dah bersih dan wangi. Selamat pulak sebab ianya tidak langsung mengandungi bahan kimia, jadi kalau pegang tu tangan tak rasa panas, tiada alergik dan tiada iritasi kulit berlaku.


Keistimewaan Zing+ Detergent Film
1. Jimat masa dan air
Semasa mencuci pakaian tu memang jimatkan masa sebab tak perlu nak letak sabun pastu letak pelembut pulak. Hanya campak je 2-3 keping Zing+ dah siap. Pastu ia sangat mudah larut dalam air dan jugak mudah dibilas. 


2. Lembut pada tangan dan kulit
Zing+ ni PH Neutral, jadi ia tak akan datangkan masalah pada kulit. Takdelah kulit kita mengelupas atau panas bila pegang detergent film ni. Anak² pun boleh gunakannya dengan selamat!


3. Tiada masalah tompokan sabun
Mas selalu hadapi masalah tompokan putih sabun melekat pada baju terutamanya baju berwarna hitam. Tapi Zing+ ni sangat mudah larut dalam air, jadi bila basuh baju tu memang tiada langsung tompokan sabun melekat. Baju semua bersih je!

Pengalaman guna Zing+ Detergent Film
Sangat mudah sebab anak² pun boleh gunakannya, tiada masalah sabun tumpah ke atau buih sabun merata dalam bilik air. Kalau nak rendam baju sekolah tu suruh je dia ambil sekeping, campak dalam baldi pastu letak air. Haaaaa dah siap! 


Pastu sangat berkesan nak sental kotoran degil pada leher baju, lengan baju dan poket baju sekolah anak. Ambil sekeping, celup dengan air sikit pastu sental pada tempat yang kotor tu. Kemudian rendam dalam ½ jam dan basuh seperti biasa, memang nampak kelainan. Kotoran degil tu mudah hilang berbanding Mas gunakan peluntur sebelum ni.

Haaa dah baca, menarik kan Zing+ Detergent Film ni. Nak guna pun senang je, hanya ikut saja arahan yang tertera di belakang pek. Berminat dan mana nak beli? Mudah sahaja, hanya hubungi Cik Ros Farina di talian 012-2350657. Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Website: www.zingaplus.com
Harga 1 pek Zing+ : RM45


11 ulasan:

  1. bagus ni.. mudah, jimat dan selamat digunakan..

    BalasPadam
  2. Menariknya.. senang la. Lan nak try gak. Japg nak wasap no tu...

    BalasPadam
  3. Haa betul, bab sabun tertumpah tu selalu terjadi. Pastu geram nak kena bersihkan lantai haha. Bagus gak ada yg film camni, settle satu masalah dah

    BalasPadam
  4. waahhh spesel nih ...... nnt nak try tgl .. beli kat mana? kat tesco and supermarket tak pernah jumpa lagi nih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang takde jual kat pasaraya kak. Nak beli whatsapp je nombor yang dah diberi tu.

      Padam
  5. Sabun ni mmg best. bau tak kuat sgt dan tak berketul

    BalasPadam
  6. yanei dah cuba kak sabun ni.. memang best, baju pun bersih..

    BalasPadam
  7. Senangnya sebab boleh buat untuk travel juga ni kan sis...sebab kalau sabun debu agak mkn space.

    BalasPadam
  8. Suka betullah sabun ni. Jimat dan mudah sangat nak guna. Wangi pun ye

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com