Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 18 September 2017

10 hari lagi bekerja

Assalamualaikum...(^ ^)

Menghitung hari, detik demi detik!

Fuhhh dok mengira je ni berapa hari lagi kerja, tak sabar aihhh nak mula bercuti. Bukannya malas sangat nak bekerja tapi disebabkan keadaan diri yang semakin sarat dan tak larat ni membuatkan tak sabar betul nak cuti. Mana taknya hari² memandu kaki kram, perut kram dan sakit pinggang, rasa nak menangis pun ada. Ikutkan tak mampu betul dah tapi ada berbaki 10 hari lagi ni kena gagahkan diri.

Kalau dulu masa mengandung masih muda tak pernah hadapi keadaan camni, larat dan mampu je pergi kerja hari². Sedar² je dah dekat tarikh bersalin, tak ambil pun cuti awal dan kerja selagi termampu. Bila dah bersalin barulah bermula cutinya, dan ada jugak ambil cuti 2-3 hari sebelum tarikh bersalin. Tapi bila mengandung dah berusia ni penat dia lain macam, nak bawa perut pun rasa berat sangat dah. Bila balik kerja letih semacam, nak buat apa pun tak larat je rasa. Cuma kadang Mas paksa diri jugak, tak nak manjakan diri sangat nanti lagi lemah!


Pastu lagi satu bila tidur malam asyik tak lena dan terganggu, lagilah buat badan rasa penat. Kadang kat pejabat pukul 10 pagi mulalah mata nak terpejam je, memang tak cukup tidur. Fuhhhhh fasa ni memang kena hadapi sampailah anak dah setahun nanti, lepas tu barulah boleh tidur lena. Hehehee, lama dah tak jadi burung hantu ni!

Setakat ni kerja² tertunggak semua Mas dah selesaikan terutama bab² filing, tak nak susahkan orang yang ganti nanti. Masa bercuti 5 bulan nanti pihak pentadbiran akan ambil Pekerja Sambilan Harian untuk gantikan Mas. Dah minta mereka uruskan semuanya, harap² sebelum bercuti 4/10 nanti dah ada pengganti tu, bolehlah ajar dia sebelum bercuti kan? Walaupun kerja tak susah mana pun tapi sekurangnya dia tahu uruskan jadual bos, rekod surat keluar masuk dan urusan bos yang lain.

Harap semuanya berjalan lancarlah sebelum bercuti ni, ada 10 hari lagi. Moga pengganti Mas tu dapat laksanakan tugas dengan baik dan bertahan dengan bos. Nanti mesti akan rindu jugak bilik, kerusi, meja dan suasana kerja walaupun seronok nak bercuti, hehehee!

6 ulasan:

  1. InshaALLAH moga pengganti dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya..dan semoga dipermudahkan semua.

    BalasPadam
  2. mudah2an pengganti kak mas cepat masuk, boleh handover kerja cepat2, boleh senang hati lepas tu. huhu

    BalasPadam
  3. Dkna pulak berdebar nak tunggu akak bersalin hahaha

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam
  5. gigih kak oi..takpe, selagi dia takde tanda..teruskan kerja..kang duduk je dekat rumah boring pulak

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com