Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 7 September 2017

8 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

Bila jumpa kawan² ramai yang tanya, "Bila bersalin ni?" Semua cakap perut nampak besar sangat, pastu macam tak larat sangat dah! Hahahaa, Mas baru 34 minggu (8 bulan lebih). Ada lebih kurang sebulan lebih lagi, tapi memang rasa tak larat dah. Mungkin faktor usia ni, hehehee!

Dah masuk 8 bulan lebih ni memang terasa perut makin besar dan berat, padahal sebelum ni ramai cakap tak nampak macam mengandung. Airis pun hari² dok cakap, "Perut mama ni makin gemuklah, mesti baby pun gemuk!" Hahahaa, Airis memang selalu tak menahan ayat dia.


Check up Selasa lepas, doktor cakap baby membesar dengan sihat mengikut bulan. Kepala pun dah ke bawah, uri pun elok kat atas dan air ketuban pun mencukupi. Berat baby sekarang dah 2.27kg, sesuailah dengan usia dia 34 minggu tu. Mesti lahir nanti akan 3kg lebih jugak, sebab ikut sejarah anak² Mas semua lahir 3kg ke atas. Paling besar Airislah, 3.62kg!

Berat Mas pulak sekarang dah 77kg, dah 2 bulan tak naik. Mas memang camtu, bila usia kandungan dah nak 9 bulan berat susah nak naik. HB pulak setakat ni agak memuaskan walaupun tak cecah 11, baru ni check 10.6 je. Doktor cakap dah makin naik tu tapi kalau boleh nak cecah 11 lebih sebelum bersalin, baru cantik! Hurmmm harap jumpa doktor pakar 25/9 nanti HB makin naiklah, tak naklah kena rujuk hospital pulak nanti. 

Dah 34 minggu lebih ni kena bersiap sedia, menunggu masa je! Alhamdulillah, dah siap semuanya. Barang² kelengkapan dah siap beli, baju² baby pun dah siap basuh dan beg hospital pun dah siap kemas. Sekarang menanti dengan penuh debaran jelah, harap sempatlah tarikh Mas mula bercuti nanti. 

5 ulasan:

  1. semoga mas n baby sihat dan dipermudahkan bersalin nanti...

    BalasPadam
  2. dkna cekup kat kk p9, hb 10.6 terus refer doc..huhuuu.. kali pertama hb rendah macm ni.. semoga akak cepat bersalin..cukup 36 week baby dah boleh keluar yea.. hihii

    BalasPadam
  3. tak sabar jugak ni, nak tengok anak baru kak mas. hehe

    BalasPadam
  4. Nad setiap hari makan jambu batu dengan ambil delima air tu..alhamdulillah hb ok..

    BalasPadam
  5. Yehaaa tak sabar menghitung hari laaa tu..dup dap dup dap...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com