Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 September 2017

Lebihkan sikap prihatin tu!

Assalamualaikum...(^ ^)

Kita semua pasti tahu yang klinik kesihatan kerajaan memang sentiasa sibuk dan ramai orang, tak kiralah pagi atau petang.  Pastu kebanyakkan yang datang ke klinik ni pasti berteman, samada suami teman isteri, anak teman mak atau ayah dan mak ayah bawa anak². Jadi bila dah ramai peneman dari pesakit keadaan di dalam klinik memang akan padat dan sesak kan? 

Bila berlaku situasi camni kita sebagai peneman tu kenalah lebih prihatin sikit, kena utamakan pesakit. Jangan pentingkan diri sendiri atau ahli keluarga sendiri yang sakit sebab ramai lagi pesakit lain yang jugak memerlukan rawatan. Tapi kadang tu ada segelintir yang kurang prihatin ni, buat klinik tu macam klinik dia yang punya. Taulah tak dikenakan bayaran mahal jadi jangan sewenang²nya buat sesuka hati, abaikan keperluan pesakit lain pulak.


Kejadian camni berlaku pada Mas semalam di KK Salak, masa tu Mas ada check up kandungan. Bila nombor dipanggil Mas masuklah ke bilik doktor, dan untuk pengetahuan korang dalam bilik ni menempatkan 2 orang doktor dan keadaan bilik ni agak sempit sikit. Jadi kalau nak masuk tu seeloknya pesakit sahaja, tak perlulah bawa peneman. Tapi masa Mas masuk tu ada lagi seorang pesakit lain dipanggil untuk jumpa doktor yang lagi seorang, pesakit seorang makcik yang berumur kira² 50an. 

Masa makcik ni masuk, anak lelakinya masuk sekali sambil cakap "Kami datang 4 orang ni!" Terus dia, isterinya dan anaknya masuk sekali bersama makcik tu, jadi keadaan dalam bilik tu makin sesak. Kebetulan masa tu Mas nak scan baby dan katil untuk scan pun ada di bilik tu jugak. Jadi doktor mintalah anak makcik ni keluar sebab doktor nak scan kan, jadi tak sesuailah kalau lelaki ada. Tapi dia buat tak tahu je, tetap berdiri kat tepi katil scan tanpa pedulikan apa doktor cakap. Dengan sikap dia tu terpaksalah doktor yang mengalah dan ajak Mas scan kat bilik sebelah. 

Huhhh agak panas hatilah tengok sikap anak makcik tu, tak sepatutnya dia buat camtu. Kalau pun dia nak temankan maknya tak salah kalau dia minta isterinya teman, sebab dia pun tahu dalam bilik tu ada pesakit perempuan. Tak perlulah semua nak masuk, seorang teman pun dah cukup. Pastu bila doktor minta keluar sepatutnya dia kena akur sebab doktor nak rawat pesakit lain yang memerlukan privasi seperti ibu mengandung. Ini tak, dia buat klinik tu macam klinik keluarga dia pulak.


Hal sebegini tak sepatutnya berlaku di klinik sebab apa sekali pun kita kena pentingkan pesakit. Macam Mas husband ada teman tapi dia tak masuk dalam bilik doktor jika tiada kepentingan, kecualilah kalau doktor suruh masuk. Pastu kalau bawa anak kami akan kawal supaya tak menganggu pesakit lain. Kadang ada sesetengah tu Mas tengok selamba bawa semua anak² dia masuk bilik doktor, padahal seorang je anaknya yang sakit. Pastu anak² lain tu buat gangguan dalam bilik doktor seperti usik barang² dan buat bising. Situasi begini memang akan ganggu kerja doktor dan pesakit jugak!

Jadi bila berada di klinik atau hospital ke kita kenalah lebih prihatin, utamakan pesakit dan staf yang bertugas. Tak kisah kita nak datang bawak peneman sampai 2-3 orang sekali pun tapi bila nak jumpa doktor tu biarkan pesakit je yang masuk, ini supaya tak menganggu doktor untuk merawat pesakit. Jika doktor perlukan waris atau peneman masuk, pasti dia akan panggil kan? Lebihkanlah sikap prihatin tu!

5 ulasan:

  1. meluat bila baca cerita kak mas, memang lelaki tu tak tahu adap, jenis keras kepala betul. bawak kaum kerabat masuk bilik doktor biarpun tak ada kepentingan, kalau klinik swasta boleh diambil kira lagi. IQ dulu checkup baby pun tak ada suruh Arwah suami masuk sekali melainkan nurse suruh masuk. menyampah betul dengan perangai orang macam ni.

    BalasPadam
  2. mmg ada org yg tk prihatin..bole die wat derk ek doctor soh kuar..dh la org nk scan kn perlukan privacy isk2 sbr je la

    BalasPadam
  3. Memang tak patut orang lain masuk..bilik dah la sesak

    BalasPadam
  4. Kadang2 org gini jenis tak reti bahasa..dia buat derk dia jer tak pandang orang lain dah.. kalau nak guna ruang luas2 ajak semua sedara mara sekali g klinik swasta tgk apa dr cakap..ermmm

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com