Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 1 September 2017

Lengkap dah barang² baby

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhhhh akhirnya lengkap jugak barang² untuk baby yang bakal lahir ni minggu lepas, dah dekat 34 minggu barulah gigih pergi membeli. Memang mengah²lah berjalan seharian, maklumlah perut dah makin memboyot. Tapi lega sebab dah beli semua yang diperlukan, tunggu nak beranak je ni!


Misi dimulakan dengan mencari pam susu dahulu, itu yang paling penting. Mas pergi ke kedai di Shah Alam setelah beberapa bulan cari kedai yang jual dengan harga yang murah dan berpatutan. Mula² cadang nak beli pam susu Lacte Duet, macam senang sikit kalau pakai yang double sebab power pumping. Tapi bila fikir ini yang kali terakhir dah guna, Mas beli yang single je. Jadi pilihan Mas ialah Lacte Solo, harga pun berpatutan dan dapat 3 hadiah percuma.

Pastu barang² lain Mas pergi beli di Aeon Mall Shah Alam je sebab kebetulan dah ada kat sana, lagi pun ada jualan sampai 31 Ogos ni. Melangkah masuk je ke ruangan barangan baby memang rasa teruja sangat, anak² pun seronok terutama si Airis. 3 beradik tu sama²lah dok memilih, ada nak yang jenis camni pastu ada yang nak warna disukai. Hehehee Mas biarkan je mereka memilih, maklumlah masing² seronok nak tunggu adik lahir. 


Antara barang² yang Mas beli ialah tuala mandi, tuala muka, tisu basah, bantal, alas getah, toileteries, diapers dan botol susu. Itu sajalah yang Mas beli sebab kebanyakan barang² lain masih ada yang Airis dulu macam bedung, kali lampin, sarung tangan/kaki, kelambu dan tilam. Baju² baby memang Mas tak beli sehelai pun, pilih je baju² Airis yang unisex sebab jantina baby masih belum 100% dipastikan. Nanti kalau lahir baby lelaki barulah beli baju tambahan, tapi kalau baby perempun memang tak membeli dah sebab baju Airis banyak sangat. 

Pastu baju² baby pun dah siap didobi, basuh yang perlu dibawa ke hospital je dulu. Nanti baru basuh separuh lagi. Haaaaa makin cuak dah rasa ni bila semuanya dah siap, heheheee!


5 ulasan:

  1. Semoga selamat dan dipermudahkan semuanya kak

    BalasPadam
  2. persediaan barang baby perlu sedia awalkan , tak derlah kalut nanti , sempat lagi raya aidiladha sebelum bersalin kn .

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..Bab ni antara yang paling seronok kan kak.Semoga selamat melahirkan nanti.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, kalau bab shopping barang baby ni memang best!

    BalasPadam
  5. Syukur alhamdulillah dah siap semua sekali..lega kan bila dah prepare sesiap..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com