terkini dan sensasi

Jumaat, 22 September 2017

Masalah tumit merekah tiada lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Tumit merekah, ini masalah yang paling tak disukai oleh kaum wanita kan? Mana taknya kalau nak pakai kasut tumit tinggi pasti akan nampakkan tumit merekah tu, alaa tak menarik langsung kan? Jadi memang perlukan sesuatu untuk atasi masalah tumit merekah ni, dan Mas ada cara penyelesaiannya.

Mas dah lama jugak hadapi masalah tumit merekah ni, sejak dah makin berumur ni. Lagi teruk masalah ni bila sentiasa pijak lantai simen dan mozek, kaki memang tak tahan. Cepat je kulit tu merekah dan kering, jadi kenalah pakai selipar di dalam rumah untuk elakkan kulit tu lebih teruk merekahnya. Ada jugak Mas beli krim di farmasi tapi masalah tumit merekah tetap tak baik.


Tapi semuanya berubah bila Mas diperkenalkan dengan Travel Set Cosmoderm, penyelamat betul! Walaupun Mas dah tahu pasal kebaikan produk Cosmoderm tapi bila gunakan salah satu krim di dalam travel set ni ternyata ia berkesan merawat masalah tumit merekah. Advanced Moisture Therapy Cream adalah jawapan yang tepat!

Mas dah gunakan Advanced Moisture Therapy Cream ni dekat sebulan, dan alhamdulillah masalah tumit merekah tu semakin baik. Dah takde kulit keras dan merekah, kulit tumit jadi lembut dan licin je. Dah tak perlu nak pakai selipar dalam rumah, pastu dah tak segan nak pakai sandal atau kasut tak bertutup. Jadi sekarang memang wajib sapu setiap hari selepas mandi dan sebelum tidur, barulah tumit jadi lawa dan licin kan? 


Pastu satu lagi krim ni jugak berkesan melembutkan permukaan kulit yang kering, kasar dan gatal. Jadi sebab itulah Mas sapukan jugak pada stretch mark kat perut Mas yang kadang² gatal ni. Biasalah bila hamil stretch mark pada perut Mas agak teruk jugak dan selalu gatal. Mula tak tahu nak sapu apa, teringat pulak kat Advanced Moisture Therapy Cream ni. Terus sapu setiap kali selepas mandi atau bila rasa gatal, dan ternyata berkesan. Kurang dah rasa gatal tu dan kulit jadi lembut je, barulah selesa.

Haaaaa korang yang ada masalah tumit merekah atau kulit kering serta masalah stretch mark gatal² bagi wanita hamil wajib ada satu krim ni. Nak dapatkannya senang je, boleh beli secara online di website mereka. Atau dapatkan di kedai² terpilih seperti Watson, Guardian, Farmasi Caring, Aeon Wellness dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:


11 ulasan:

  1. Bestnyaa, yg ni fiza xpenah guna lg. nk kene try nihh

    BalasPadam
  2. Qaseh letak kat siku .. tumit ok lg hehe ..

    BalasPadam
  3. ritu nak beli.. tpi kt guardian takde lagi huhu

    BalasPadam
  4. leh la bagi kat abah atau emak benda nih.

    hoho

    BalasPadam
  5. ni tak pernah guna lagi..cosmoderm ni macam-macam boleh guna ye..bagus betul

    BalasPadam
  6. Kena cuba ni. Mcm2 losyen sapu tumit ni..sekejap je ok..pastu kering balik..

    BalasPadam
  7. bagus yer cream cosmoderm. kena try hari ini jugak.

    BalasPadam
  8. Krim ni mmg best..kita pon guna tau..

    BalasPadam
  9. Ok... nanti nak bagi mak pakai!!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com