Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 27 September 2017

Memanglah masih budak², tapi!

Assalamualaikum...(^ ^)

Dah terjadi berkali² sebab tu hilang sabar jugak dibuatnya. Mana taknya anak² jiran sesuka hati main air paip di luar rumah, habis disembur merata tempat. Dah macam main air hujan pulak, basah sana sini.

Mas tahu mereka yang main bila suatu petang tu dengar macam bunyi hujan tapi tengok kat tingkap hari tak hujan pun. Bila keluar tengok seronok je budak² ni dok sembur air paip ke atas atap rumah. Haaaaa apa lagi kena sergahlah, semua lari lintang pukang. Patutlah Mas selalu perasan tiap kali balik kerja basah kat depan pagar rumah, nak kata hujan tapi tak. Rupanya itulah puncanya, dan mungkin jugak itu punca bil air rumah agak mahal.

Kalau ikutkan rasa marah dan sikap yang garang ni memang dah pergi jumpa mak ayah anak² jiran  ni. Tapi sebab tak nak cari gaduh dan bermasam muka dengan jiran, Mas ambil keputusan berdiam diri je. Lagi pun husband tak izinkan, budak² katanya. Hurmmm husband memang gitu, lembut hati sangat!


Memang budak² tapi kadang tu sikap anak² ni jadi degil camtu sebab kurang perhatian dari mak ayah. Selalu biarkan anak² main dan buat sesuka hati di rumah jiran², tak nak pantau. Dengan alasan anak² masih kecil, biasalah budak² nakal sikit dan sudah nak kawal. Tak boleh bagi alasan camtu, anak² Mas pun susah jugak nak kawal kalau dah main di luar rumah. Tapi Mas akan sentiasa pastikan mereka tak buat onar kat rumah jiran².

Geram dengan sikap anak² jiran camni, keterlaluan. Nak marah lebih² kita pun serba salah, tak nak bermasam muka. Mas cuma tegur dan bagi amaran je, dia nak mengadu kat mak ayahnya terpulanglah. Harap² mereka tau sikit sikap nakal anaknya diluar rumah, kena beri perhatian jugak. Jangan biar je anak² bebas bermain tanpa pengawasan. Kalau anak² dah sampai buat onar kat rumah orang nanti mak ayah pulak yang rasa bersalah!

Sebab itulah bila Mas tengok gejala sosial sekarang, rasa sedih sangat. Bukan nak salahkan ibu bapa sepenuhnya tapi bila terjadi perkara sebegitu kita boleh renung balik camne pengawasan kita terhadap anak² semasa mereka masih budak² lagi. Fikir semula!

5 ulasan:

  1. kadang budak2 tu semua kena jugak tegur. sebab mak ayah dorang tak tegur, baik kita tolong tegurkan

    BalasPadam
  2. Alamak macam tu pon ada.. mana blh main sembur2 rumah org dah laa guna air paip orang..apakebenda laa budak2 ni.. kakua umah mas lagu tu umah lya ni ada pulak budak2 yg ambik resit air resit api dan surat2 umah org lain dia letak kat rumah org lain.. macam posmen dah diaorang ni .. pelik2 sungguh laa peel perangai..

    BalasPadam
  3. Wlu macam mana pun, sebagai ibu bapa kita kena pantau anak kita kan kak. Jangan menyakiti atau menyusahkan org lain. Dr budak ni la kena ajar adab. Gejala sosial skrg ni mmg pd Lynda salah ibu bapa. Sebab apapun bermula dari rumah. Dr ibu bapa. Semoga terpelihara anak-anak kita dgn adab dan sikap yg baik.

    BalasPadam
  4. Susah kn nk tegur anak org ni.kang salah tegur jdi bmasam muka plak.. parents patut pantau anak mcmtu.. cuba je kak..terpulang dia nk terima ke x.. at least die tahu org xsenang ngn perangai anak die. Xkan die xrasa segan

    BalasPadam
  5. uish melampau sangat tu main buka air orang

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com