Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 13 September 2017

Pencarian laptop untuk Atikah

Assalamualaikum...(^ ^)

"Mama tahun depan kakak kena ada laptop, sebab PT3 kena buat kajian kes Geografi dan Sejarah. Susahlah nak guna komputer kat makmal asrama tu, kena bergilir²." Haaaaa sebab itulah misi pencarian laptop untuk Atikah kena buat, kalau tak susah jugak dia nak hadapi PT3 nanti.


Sebelum ni bukan takde laptop, pernah beli jenama Acer tahun 2007 kalau tak silap. Tapi dah jadi arwah dah laptop tu, boleh hidup tapi skrin jadi gelap je. Husband cakap kena tukar lcd skrin baru, tapi kosnya agak mahal jugak. Jadi fikir punya fikir lebih baiklah beli yang baru je, cari yang murah dan berkualiti.

Setakat ni Mas dah tengok kat Lazada, Shopee dan 11 Street, banyak jugaklah laptop yang harganya berpatutan. Tapi memang tak akan beli online sebab takut nanti tak puashati pulak, jadi lebih baik pergi kedai dan tengok sendiri. Bila beli kat kedai ni boleh tengok sendiri kondisi laptop tu, boleh tanya macam² soalan dengan penjual dan harga pun boleh tawar menawar.


Jenama yang Mas berkenan pulak antara Acer, Lenovo atau Asus. Sebelum ni dah pernah pakai jenama Acer, alhamdulillah berpuashati. Mungkin kali ni nak beli jenama Lenovo pulak, tengok macam bagus jugak laptopnya dan harga pun mampu milik.

Haaaaa itulah kan, demi pembelajaran anak² kita ibu bapa tak boleh berkira sangat. Jika benda tu penting dan perlu untuk dia, kenalah kita usaha belikan. Lagi pun silibus pembelajaran sekarang memang banyak gunakan gajet macam laptop ni, banyak kajian² kes anak² kena buat. Tak akan nak pergi Cyber Cafe setiap kali nak buat kerja, menyusahkan anak² pulak. Bagi Mas laptop ni umpama keperluan dah untuk anak² bersekolah sebab banyak matapelajaran mereka gunakan media elektronik ni. Jadi wajib ada satu!

7 ulasan:

  1. lenovo oke..dell pon bagus juga

    BalasPadam
  2. standard skrg tahap sekolah menengah pun kena ada laptop sendiri dah, dulu IQ universiti baru ada laptop sendiri. huuhu. zaman dah berubah

    lenovo thinkpad ni tahan lasak. puas hati kalau beli

    BalasPadam
  3. kannn..sekarang ni benda benda camni dah jadi barang keperluan da..

    BalasPadam
  4. Lenovo ok mas

    mama pun pakai lenovo. Dah berapa tahun pakai ok saja

    Alhamdulillah

    yang penting mas cari model tu di internet dan baca review laptop tu dulu

    BalasPadam
  5. Saya beli LAp top ACER Je. Start mula daftar pengajian sampai sekarang. Dah 4 tahun guna, tak de problem.

    BalasPadam
  6. Lenovo ok gak , asus pun ok .. qaseh guna Asus je

    BalasPadam
  7. Sekarang semua guna komputer ye..lenovo ok..nad guna tu

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com