Assalamualaikum...(^ ^)
Si kecik Airis ni memang lain sikit dari kakak dan abangnya, dia lebih sukakan layanan, perhatian dan pujian. Apa sahaja yang dia buat, mama dan babah kena beri perhatian. Kalau buat tak tahu je mulalah dia takde semangat nak buat dan sambil lewa je, terutamanya kalau melibatkan kerja sekolah.
Jadi setiap kali dia cakap ada kerja sekolah, Mas kena bagi tumpuan 100% pada dia je. Kalau dia dah cakap dan tunjuk kerja sekolah tu janganlah buat tak tahu, nanti bersuaralah dia. "Mama ni kan, Airis dah tunjuk kerja sekolah mama buat tak tahu je. Airis malas buat nanti!" Haaaaa sejibik mama kena!
Bila dia dah mula buka buku tu kenalah tanya kerja apa kena buat, dia tahu tak nak buat camne dan berapa mukasurat kena buat. Nanti dia semangatlah nak tunjuk dan buat semuanya. Pastu masa dia tengah buat kerja tu kenalah borak² sikit, tanya seronok tak buat kerja sekolah? Dah layan camni memang semangatlah dia nak buat, takde pun sambil lewa atau malas².
Pastu bila dia tulis cantik dan kemas wajib puji tau, lagilah seronok dia. Terus buat tulisan cantik², nak dapat A katanya. Kalau tulisan tak cantik nanti dapat B, haaaaa itulah yang naikkan semangat dia! Jadi dari mula hingga awal dia akan tulis cantik², kalau nampak kurang cantik dia akan betulkan semula.
Sebenarnya kalau kita bagi perhatian dan pujian camni bila anak² nak buat kerja sekolah ia akan membantu mereka lebih peka terhadap kerja yang cikgu berikan. Janganlah biarkan mereka buat sendiri, pastu bila anak² tanya langsung tak beri perhatian. Pujian apatah lagi, itu yang membuatkan mereka malas dan selalu bagi alasan takde kerja sekolah.
alhamdullilah
BalasPadamSetuju. Lagi satu anak perempuan lebih rajin dan suka buat kerja sekolah banding ngan anak lelaki.
BalasPadambijak airis ni,heheheeh terkena mama ye.
BalasPadambetul tu kak mas.sy ada baca buku parenting.mmg kene bg pujian pada anak2 contohnya "bagus anak mama tolong mama harini."nanti akan meningkat sikap positif die dan dia akan lebih seronok utk tolong kita.
BalasPadambijaknya airis ni! hahaahahah
BalasPadamSama macam mikhail.. Kena puji, bg perhatian sikit. Maybe sebab da adik, dia rasa tersisih kot
BalasPadambiasalah budak-budak..hehe
BalasPadambudak memang suka kena puji, kena cakap lemah lembut..hehe
BalasPadam