Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 11 September 2017

Simtom awal dah dekat bersalin

Assalamualaikum...(^ ^)

Setiap orang mengandung pasti akan alami simtom awal bila dah dekat nak waktu bersalin kan, misalnya bila dah nak masuk 36 minggu yakni 9 bulan. Cuma apa yang dialami tu mungkin ada, mungkin takde atau mungkin berbeza. Macam Mas bila dah nak masuk 9 bulan pasti dah rasa simtom dah dekat sangat nak bersalin, simtom tu bukanlah sakit atau keluar tanda. Tapi simtom yang menunjukkan Mas dah kena bersedia dari masa ke semasa.

Pengalaman Mas kalau mengandung anak perempuan, masuk je 38 minggu memang dah selamat bersalin, tapi anak lelaki genap 40 minggu. Minggu ni pun dah masuk 35 minggu, jadi kalau betul anak perempuan tinggal 3 minggu je lagi tempoh bersedia. Fuhhh rasa cuak jugak dah sebab simtom awal tu dah ada dan makin kerap


Antara simtom awal yang Mas hadapi ialah kerap buang air kecil dan air besar. Haaaaa ini mungkin perkara biasa ibu mengandung akan hadapi kan, bila dah masuk 8 bulan tu memang kerap nak buang air je. Macam buang air kecil biasanya selang 2-3 jam sekali, dan kalau sebelah malam tu lebih kerap iaitu selang 1-2 jam. Pastu buang air besar pun dah kerap, kadang 2-3 kali sehari. 

Pastu satu lagi perut kerap mengeras, haaa yang ni kalau terjadi memang tak boleh buat apa. Kena duduk diam selama 10-15 minit, tarik nafas dalam² dan bagi ruang untuk baby bertenang. Bila perut kerap mengeras ni arwah mak Mas dulu selalu cakap, "Haaa kena bersiap sedia dah tu, baby dah berkemas² dan ready nak keluar!" Fuhhhhh debar akak.

Susah tidur malam jugak salah satu simtom yang Mas alami kalau dah dekat nak bersalin ni. Kadang bila perut rasa lain macam je mulalah terjaga, terfikir nak bersalin dah ke? Padahal baby je yang kasi tendangan padu, mama yang terlebih cuak. Hahahaa, mana taknya dah nak masuk 9 bulan oiii sapa tak cuak. Bila² masa je boleh beranak ni!


Lagi satu berat badan dah tak naik, macam Mas bila dah masuk 9 bulan susah dah berat nak naik. Mungkin masa tu berat baby pun dah ngam² dan cukup besar, jadi berat kita pun tak naiklah. Lagi pun dekat nak bersalin makan pun dah makin kurang berselera, maklumlah cuak dok fikir menunggu masa je ni. Jadi makan pun jadi kurang, ikut apa yang teringin je! 

Haaaaa itulah simtom² yang biasa Mas alami kalau dah dekat nak beranak ni, mungkin tak sama dengan korang. Jadi janganlah kecam pulak sebab semua pengalaman setiap orang tu tak sama kan? Jadi bersiap sedia jelah bila dah masuk usia kandungan 9 bulan tu, tenangkan diri dan moga kita bersalin dengan mudah. Elehhhhh, padahal diri sendiri pun cuak dah ni. Hahahaa!

7 ulasan:

  1. akak...tak lama dah tu..fuhhh masih terasa 6bulan lepas bersalin kan si tecik ayra....selamat bersalin akak....semoga dipermudahkan ye...

    BalasPadam
  2. doakan dkna ada pengalaman mengandung anak girl pulak yea kak mas.. dua2 anak lelaki, simptom pun lelain.. cuba perlu bersedia jer bila dah genap 9 bulan.

    BalasPadam
  3. moga dipermudahkan urusan bersalin nanti...Memang betul tu,setiap orang,memang tak sama simptom masa preggy kan..

    BalasPadam
  4. Waaa dup dap dup dap , cemas plak qaseh hehe papepun moga dimudahkan urusan kali ni

    BalasPadam
  5. wahhhh sue pun debar sama lak ni hehehehhe semoga di permudahkan ye kak mas,teringat lak lahirkan humaira .

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan urusan bsalin sis.

    BalasPadam
  7. Semua simptom tu nad rasa gak..semoga dipermudahkan kak mas..moga2 kita dapat anak lelaki..hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com