Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 28 September 2017

Terkesan ke dengan harga minyak

Assalamualaikum...(^ ^)

Hurmmm entahlah, tak tau nak cakap camne. Sebabnya naik atau turun harga minyak tetap kena isi minyak jugak kan, kalau tak camne nak ulang alik ke tempat kerja. Isi RM50 kalau kereta Exora Mas tu boleh jalan 3 hari, 210km. Sama je walau minyak naik atau turun sebab kadar naik turun tu bukan banyak sangat, 3-5 sen je setiap minggu.


Lagilah sekarang minyak naik turun setiap minggu, jadi nak rasa terkesan atau terbeban tu macam takde apa je. Kadang selalu tanya husband, esok Rabu minyak naik ke turun. Husband selamba je cakap, “Alah naik turun pun tetap kena isi. Bukannya banyak beza sangat harga naik turun tu! Nak tak nak buat tak tau jelah, kang tak jalan pulak kereta." Hehehee nampak tak, husband pun dah malas nak kisah!

Cuma nak berjimat banyak tu memang susahlah bab minyak ni, sebab Mas paling kurang RM400 sebulan untuk minyak je. Terkesan tu rasalah jugak, tapi kena pandai ambil langkah berjimat jugaklah. Misalnya hujung minggu tak pergi ke mana², dok rumah je. Jadi minyak yang masih ada dalam tangki tu boleh digunakan pada hari Isnin nanti. Pastu kalau nak ke tempat yang dekat² atau ke kedai husband lebih rela naik motor je, senang!

Tapi kalau Mas yang agak terkesan bila minyak naik ni ialah harga barang², pasti akan naik jugak dan lebih mahal. Terutamanya harga bahan basah, memang 2 kali ganda naiknya. Jadi nak selalu membeli makanan di luar tu memang kena fikir 2-3 kali, semuanya dah mahal. Baik beli bahan basah sendiri dan masak, bolehlah kurangkan kos sikit walaupun tak banyak. Pastu bawak duit RM50 pergi kedai kadang bawak balik 2-3 barang je!

Dah 2 minggu minyak turun, mesti minggu depan naik kan? Kan?

4 ulasan:

  1. memang terkesan kak mas,kami laki bini anak sorang ni pun dok berjimat kot mana yang boleh sib baik eddy tak cerewet boleh je dia bawa bekal gi kerja,tak kisah lauk apa asal ada makanan huhuuu,dan jarang juga nak makan kat luar mahal2,rela beli bahan maak je kat rumah.

    BalasPadam
  2. Biasalah ada pasang surut nya.

    BalasPadam
  3. harga barang dah naik tak mungkin turun. sabar jelah..

    BalasPadam
  4. kita pun jarang keluar ni ha..makan dekat rumah je..nak jimat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com