Assalamualaikum...(^ ^)
Fuhhh fuhhh fuhhh, memang betullah bila ada baby ni masa tu sangat terhad. Rasa macam 24 jam tu tak cukup je, sedar² dah nak malam. Pastu masa untuk blog ni seolah² takde langsung, kadang nak tengok pun tak sempat. Mana taknya baru nak capai tab anak dah nangis nak susu, pastu anak berak pulak, pastu anak bangun dari tidur. Akhirnya satu apa pun tak sempat tulis!
Tapi apa pun Mas cuba jugak curi² masa untuk menulis, itu yang boleh dapat 1 hari 1 entri. Cuma kadang tu dah petang baru sempat tulis, kadang tu dah malam baru muncul entrinya. Itu pun sempat tulis sebab Aiyra dah tidur, dapatlah mama mengarang entri.
Sebelah siang tu bukannya takde masa atau tak sempat, cuma kadang tu banyak sangat kekangan. 12 jam tu dari mula bangun tidur memang banyak ditumpukan untuk Aiyra je, yelah dia menyusu pun dah 2 jam sekali. Belum campur meragam tak mau tidur, camnelah mama nak capai tab update blog. Lagi satu husband dah mula bekerja jadi bab masak lauk pantang semua Mas kena buat sendiri dah, sebab itulah kekangan tu banyak.
Pastu satu lagi bila dah banyak kekangan tu, idea nak menulis pun jadi sendu. Kadang puas jugak fikir cerita apa nak dikarang, jadi apa lagi tengok anak dan cerita pasal mereka jelah. Pastu masih dalam pantang kongsilah cerita hal² berpantang, mana tau boleh beri ilmu pada orang lain. Janji blog tak terabai kan, tak kisah tulis entri pasal apa pun.
Apa pun Mas cuba yang terbaik, tak naklah jadikan anak sebagai alasan tak boleh tulis entri. Mas masih sayang blog ni dan masih nak dia bernyawa, jadi sekurangnya biarlah ada entri yang boleh dibaca oleh pembaca. Sehari 1 cerita pun dah memadai kan?
wah. tahniah juga buat mas kerana berjaya juga hasilkan 1 entri dlm 1 hari walaupun ada anak kecik tu...
BalasPadamhehe rajin dan gigih mas..
BalasPadambukan kata babyje,yang ada anak kecik ni pun dia sibuk nak kacau..mmg tak ter update blog
BalasPadamSatu hari satu entri tu dah cukup bagus tau kak mas.. hehehe
BalasPadambetul! bila ada anak kecik susah nak update blog. Tapi saya salute jugak kat kak Mas, masih boleh meng-update walaupun ada banyak kekangan.. #tabikspring la.. Saya dulu langsung tak sempat nak pegang laptop. huhu
BalasPadamasalkan 1 hari 1 entri..nad ni pulun juga..kadang tengah malam baru dpt update
BalasPadam