terkini dan sensasi

Khamis, 5 Oktober 2017

Hasil kerja abam bomba

Assalamualaikum...(^ ^)

Kalau yang dah lama ikuti blog Mas pasti pernah terbaca pasal husband ada buat bisnes part time. Masa awal² dulu memang kencang sikit bisnes tu, banyak jugak ambil tempahan. Tapi disebabkan kekangan masa terpaksalah husband kurangkan tempahan, hanya terima yang betul² mendesak je.


Inilah sedikit pendapatan tambahan keluarga kami hasil kemahiran husband. Memang dari mula kenal, dia ada kepandaian buat grill ni. Jadi gunakanlah kemahiran tu ke arah yang mendatangkan hasil kan, tapi takdelah buat besar²an pun. Cukuplah sekadar tambah pendapatan di saat memerlukan atau kesempitan wang. Nak buat bisnes tu secara konsisten memang tidaklah sebab husband bekerja tetap kan, jadi kekangan masa dan tenaga tu yang menghalang.

Yang dia buat ni pun sebab jiran sebelah rumah minta tolong, jadi ambil jugaklah tempahan. Pastu tempahan tak banyak dan design grill pun mudah je, jadi tak memerlukan masa yang banyak untuk siapkan. Bolehlah tambah duit poket sikit kan, hehehee! Anak pun dah bertambah jadi ada tempahan sikit² camni husband buat jelah, rezeki anak² jugak tu.



Hasil kerja husband, ini yang basic je. Alhamdulillah setakat ni yang tempah ramai berpuashati, kepandaian dia kan. Grill rumah pun memang semua dia buat sendiri, jimat!

5 ulasan:

  1. salam..mas..lama dah tak jumpa..senarai list blog dah hilang jumpa balik..

    BalasPadam
  2. wahhh, pandai buat grill tu, bukan calang2 kalau dapat buat grill

    BalasPadam
  3. bagusnya..gril kat rumah boleh buat sendiri..jimat sangat

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com