terkini dan sensasi

Selasa, 3 Oktober 2017

Lahirnya seorang puteri

Assalamualaikum...(^ ^)

Alhamdulillah syukur Ya Allah!

Dah selamat semuanya semalam, lahirnya seorang puteri kesayangan kami. Tak sempat pun tunggu cuti bersalin bermula 4/10/2017, baby dah tak sabar nak tengok dunia. Dah tak sabar nak jumpa mama, babah, kakak Atikah, abang Arfan dan kakak Airis.


Haaaaa tapi paling tak sangka, semangat betul anak mama. Patutlah masa mengandung perut mama bagai belon nak meletup, pastu kakak Airis dok cakap perut mama gemuk. Sekali lahir, 4.2kg berat baby. Fuhhh terkejut mama! Nasib masa lahirkan mudah je, 2 kali teran adik dah keluar. Nanti Mas kongsikan pengalaman melahirkan si puteri baru kami ni.

Nama dah ada beberapa pilihan, cuma tak buat keputusan lagi mana yang sesuai. Nasiblah cari jugak nama perempuan, sebab naluri mama dok asyik cakap baby lelaki je. Tapi sebab 4 kali scan doktor cakap baby perempuan, tu yang cari jugak nama perempuan

Lega dah selesai semuanya dan dipermudahkan, tunggu keluar wad je ni pastu nak jalani tempoh berpantang dengan sebaiknya. Terima kasih pada kawan² yang dah ucapkan tahniah di Facebook dan Instagram. Nanti Mas kongsikan gambar si tembam Mas tu ye!

9 ulasan:

  1. Tahniah dan selamat berpantang

    BalasPadam
  2. tahniah kak mas! SEMANGAT babynya. hehe. patutlah perut kak mas membesar dengan jayanya sebelum ni, selamat berpantang kak mas!

    BalasPadam
  3. Semangatnya baby.... Tahniah & selamat berpantang

    BalasPadam
  4. tahniah kak mas.. ya allah..semangatnya baby..sedap peluk ni,

    BalasPadam
  5. tahniah kak mas , peluk ciom baby k , Rayyan kim salam haha

    BalasPadam
  6. tahniah..anak dah berapa dah..besaunya..normal ke?

    BalasPadam
  7. welcome to world baby girl.... tahniah kak mas.

    BalasPadam
  8. semnagatnya..4.2 tu..selalu denganr 4 kg je..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com