terkini dan sensasi

Khamis, 26 Oktober 2017

Persediaan perbelanjaan sekolah anak²

Assalamualaikum...(^ ^)

Tahun depan dah 3 orang anak Mas akan bersekolah, jadi perbelanjaan persekolahan tu pasti akan bertambah. Pastu dah ada Aiyra pulak, perlukan perbelanjaan tiap² bulan untuk bayaran taska. Jadi untuk elakkan lebih banyak beban kewangan dan duit tak mencukupi, Mas kena buat persediaan perbelanjaan sekolah anak² lebih awal.


Mulai gaji bulan 10 Mas dah mula menyimpan sikit², maklumlah macam² nak kena beli dan bayar. Baju sekolah, kasut sekolah, buku sekolah dan yuran sekolah, semuanya perlu dibeli dan dibayar. Macam Atikah tahun depan masih lagi tinggal di asrama, jadi yuran asrama je dah RM1k. Itu belum campur buku sekolah, yuran sekolah dan yuran periksa, sebab tahun depan dia akan duduki PT3. Untuk dia seorang je kena sediakan lebih kurang RM2k jugak.

Arfan pulak dah darjah 6 tahun depan, akan duduki UPSR. Mesti banyak jugak buku ulangkaji nak kena beli, pastu ditambah dengan yuran periksa dan yuran kelas tambahan lagi. Haaaaa untuk dia kena sedia lebih kurang dalam RM500 jugak. Airis pulak dah masuk pra sekolah, sama jugak kena bayar yuran dan beli uniform sekolah. Kurang² dalam RM300 jugak duitnya. Jadi untuk mereka 3 orang lebih kurang kena sediakan RM3k untuk lengkap semuanya. Fuhhhhh nasib baiklah ada sikit² duit simpanan dan duit hasil kerja part time husband. 

Macam itulah bila ada anak² ramai bersekolah kan, semuanya kita kena buat persediaan dari awal. Kalau nak keluarkan sekaligus duit dalam satu masa memang tak akan mencukupi punya. Maklumlah zaman sekarang semuanya dah mahal, yuran sekolah pun pasti akan naik. 

4 ulasan:

  1. banyaknya belanaja untuk sekolah anak-anak ye..adoii

    BalasPadam
  2. Makin tinggi belanja kan.. saya pun dah kena start menabung untuk pendidikan anak-anak. Taktahu nanti berapa banyak kos semua

    BalasPadam
  3. Betul tu Mas, kena kumpul duit dan buat persediaan awal. Kalau tunggu last minit, nangesss

    BalasPadam
  4. Sekarang ni semua benda makin mahal..buku2 on nampaknya dah naik harga..rtu pegi survey buku latihan anak2 mmg byk yg dah naik harganya..huhuhu.. semua nak kena simpan awal2 .. ya laaa buku yuran pakaian sekolah semua kena fikir ..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com