terkini dan sensasi

Rabu, 8 November 2017

Kawal perbelanjaan

Assalamualaikum...(^ ^)

Fuhhh rasanya dalam pantang duit lebih banyak habis, macam air mengalir. Tapi kebanyakkannya habis untuk keperluan makanan harian, seminggu sekali beli barang² basah sebab hari² masak untuk keluarga. Pastu barangan kering macam milo, susu, roti dan biskut pun kerap jugak beli sebab itu sajalah makanan ruji semasa pantang ni. 


Nak berjimat untuk semua tu memang susah sebab ianya keperluan, pastu harga barang pun makin naik sekarang. Kalau nak membeli tu kena pergi pasaraya yang adakan jualan murah, dapatlah berjimat sikit dalam RM10 ke RM30. Jadilah kan, janji berjimat. Barang basah pun Mas lebih suka beli kat pasaraya, lebih murah jugak!

Jadi nak kawal perbelanjaan tu, memang kena abaikan shopping online. Sekarang ni lagilah tengah hangat pasal jualan pada 11.11 tu, hari² dok terima emel. Kalau tak kawal diri laju je tangan dok klik sana sini beli barang, terutama tengah ada baby kan? Memanjang nak beli barang baby, dugaan betul!


Cuma kali Mas berjaya kawal diri dari membeli belah atas talian ni, setakat ni dah 38 hari berpantang belum buka lagi online shop. Kalau tak masa Airis dulu selang 2-3 hari pos laju dok hantar barang ke rumah, setiap minggu ada je barang dibeli. Macam air duit tu mengalir, hehehee! Husband pun geleng kepala tengok, tapi takpe beli pakai duit sendiri tak minta dengan dia pun.

Agaknya kali ni lebih kawal sikap tu sebab anak dah ramai kot, kos tanggungan tu makin tinggi dan bertambah. Kalau tak sayang duit camne nak sediakan duit untuk keperluan sekolah mereka nanti, bukan sikit tu! Jadi 11.11 nanti pejam mata je  tengok jualan tu, jangan buka langsung. Hahahaa, jimat oiiiii zaman duit segalanya ni!

8 ulasan:

  1. Sama la dgn liez..dh jadi housewife lg la..nak shopping sesuka hati xboleh sbb brg kena hantar ke ofis husband...jenuh menjawab nnt hihihi

    BalasPadam
  2. nak menantikan sale 11.11 tapi duit belanja IQ pun sendu jugak kak mas, adehh...nengok dari jauh je la..haha

    BalasPadam
  3. Salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya..

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    BalasPadam
  4. sama la huhuuuu tapi ada jugak la barang yang eddy nak dia suh beli online tapi make sure memang perlu la hehhehehe

    BalasPadam
  5. Masih kawal nafsu shopping jgk ni , haha mmg xbukak .. fuh bertabahlah

    BalasPadam
  6. tahun lepas berjaya kawal. thun ni mcm nk beli barang yang jadi keperluan hehe

    BalasPadam
  7. Hehehe kita pon taun ni nak kena beejimat cermat..mmg banyak benda nak kena kawal dlm keadaan ekonomi skarang ni kan Mas..

    BalasPadam
  8. Betul. Duit dah mcm air je skrang

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com