Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 30 November 2017

Nur Aiyra Annasya : 2 bulan

Assalamualaikum...(^ ^)

2 bulan dah si Aiyra ni, pantas betul masa berlalu. Makanya tinggal 3 bulan lagi Mas akan bercuti, alaaa ni yang malas ni. Rasa nak cuti lama lagi, syok pulak duduk kat rumah jaga anak².


Dah masuk umur 2 bulan ni Mas akan mula ajar dia menyusu gunakan botol, kena ajar awal supaya senang bila dah bekerja nanti. Kadang setengah bayi ni mudah nak ajar, kadang ada yang susah. Tapi anak² Mas kesemuanya mudah dan cepat pandai, jadi memang tak susah nak ajar. Esok bermulalah cabaran tu, harap sangat Aiyra dapat bagi kerjasama. Tapi guna botol ni cuma sebelah siang je, malam dia akan direct feeding seperti biasa. Ini nak mudahkan masa kat taska nanti je! Insya Allah dalam masa 2-3 minggu mudahan dia akan pandai menyusu guna botol. 

Perkembangan tumbesaran Aiyra pulak alhamdulilah baik, membesar dengan sihat. Berat pun rasanya dah 5 kilo tu, sebab setiap kali dukung atau pangku dia naik lenguh satu badan. Menyusu pulak masih susu mama sepenuhnya, kuat menyusu sebab kalau malam tu 3-4 kali jugak dia bangun. Ragam pulak macam biasalah dah makin banyak, maklumlah orang dah makin besar. Cuma takdelah dia meragam teruk², biasa menangis beria sikit kalau nak tidur. Nak mama ada dekat dengan dia kalau tidur tu, kalau rasa mama takde mudahlah dia terjaga. Pastu berbedung pun tak nak dah, kalau dibedung mau dia meraung macam kena cubit. Yelah orang dah besar kan, hehehee!


Kepandaian dia pulak dah umur 2 bulan ni dah mula nak mengiring, kalau letak atas tilam tu pandai dah sikit². Pastu main² dengan kakak abang dah pandai, kalau diagah tu kemain gelak dan senyum. Nak masuk jari dalam mulut pun reti dah, cuma tangan tu masih tergenggam. Kalau dah pandai buka genggam tu nanti mesti dapat masuk ibu jari dalam mulut. Jadi mama pakaikan sarung tangan, dihisapnya sarung tu pulak. Hehehee! 

Kesihatan pulak takde masalah jugak, hari tu dah buat ujian pendengaran dan alhamdulilah baik. Nanti 6/12 ada temujanji Pediatrik Cardio, ini sebab masa dia lahir tu doktor pakar kanak² ada kesan bunyi sikit kat jantung dia. Jadi bila dah umur 2 bulan kena buat follow up untuk periksa semula, takutlah masalah tu berlanjutan. Harap sangat keadaan tu tak berlanjutan dan jantung Aiyra sihat, Insya Allah!

Moga terus membesar dengan sihat Nur Aiyra Annasya!

3 ulasan:

  1. wahh cuti lama ye akak :D ... hehe cepat betul kan NAA ni membesar. macam baru semalam tengok kak mas pregnen lagi heheh

    BalasPadam
  2. Sekejap je rasa dah besar kan..Chomel pula tu

    BalasPadam
  3. comelnya aiyra, sekejap jee dah 2 bulan kann

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com