Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 3 November 2017

Perlu ke perancang kehamilan?

Assalamualaikum...(^ ^)

Selepas je selamat bersalin dan dah masuk wad perkara pertama yang doktor tanya adalah nak ambil perancang kehamilan apa lepas ni. Dah 4 kali beranak dan sekali gugur itulah soalan cepu emas yang akan doktor tanya, selagi tak jawablah. Kadang tu ada setengah doktor, bila kita cakap tak nak ambil perancang dia akan marah.


Macam Mas dari anak pertama lagi memang tak pernah ambil perancang kehamilan, semuanya merancang sendiri je. Alhamdulillah takde masalah, dan jarak anak² Mas semuanya jauh. Atikah dan Arfan jarak 3 tahun, Arfan dan Airis jarak 6 tahun dan Airis dan Aiyra jarak 5 tahun.

Boleh berhasil ke kalau merancang sendiri ni, ada jugak yang bertanya camtu. Hasil tu pokok pangkalnya pada diri kita dan pasangan, kena bekerjasama. Kalau suami tu rasa nak jaga kesihatan diri isteri dan rancang keluarga dengan baik ianya akan berjaya. Kadang tu ambil perancang pun ada jugak yang mengandung kan, tak semuanya selamat.

Berbalik pada perlu ke ambil perancang ni semuanya terpulang pada kita sendiri, kalau rasa tak boleh nak rancang sendiri lebih baik ambil. Sekarang ni dah ada macam² jenis perancang kehamilan, pilih saja mana yang lebih berkesan dan mudah. Macam Mas ada jugak doktor sarankan ambil ubat atau suntikan, sebab itu paling mudah. Tapi Mas tak nak sebab Mas jenis lupa kalau bab² makan ubat ni. 

Lepas lahirkan Aiyra ni doktor pun dah suruh ambil perancang, perlu katanya sebab Mas lahirkan baby besar dan umur pun dah dekat 40an. Tapi bagi Mas tak perlu kot sebab dah terbiasa merancang sendiri, jadi teruskan je cara tu. 

3 ulasan:

  1. hahaha..samalah macm nad..rancang sendiri..ni terlekat cepat..hahaa..lepas anak kedua ni baru stop..ekonomi punya pasal..hahaa

    BalasPadam
  2. Hehehe takpo aihh tak ambik perancang..kita pon tak pemah ambik perancang sbb mak ngan mertua selalu laa kata klau ambik nnt mcm2 penyakit bila dah tua.. huhuhu kita pon jadi takut.. tapi diaorang ada ajar cara merancang tradisional laaa hehee..mnum ubat akar2 kayu..

    BalasPadam
  3. Kalau kitaran haid tersusun baik, better merancang sendiri, tapi kalau irregular period, better ambik pelindungan diri. Hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com