Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 6 Disember 2017

Alhamdulillah jantung Aiyra sihat

Assalamualaikum...(^ ^)

Mula² doktor pakar cakap pasal masalah jantung Aiyra, Mas agak terkejut jugak dan tak tahu nak cakap apa. Walaupun melalui penerangan doktor masa tu masalah tersebut bukanlah serius tapi bila dengar bab jantung siapa yang tak risau kan? Lagi pun Aiyra masih kecil nak hadapi semua tu!


Mas cerita lebih lanjut, masa baru lahir doktor pakar kanak² ada bagitau kat jantung Aiyra ada 2 lubang. Satu kat saluran darah ke jantung kiri dan satu lagi kat saluran ke paru² dia. Tapi doktor kata lubang tu bukanlah besar, ianya normal berlaku pada bayi baru lahir. Nanti bila dia dah besar lubang tu akan tertutup sendiri. Cumanya bila Aiyra berumur 2 bulan, kenalah buat pemeriksaan lebih lanjut. Jantung Aiyra perlu di scan secara menyeluruh, ini untuk pastikan samada lubang tu dah tertutup atau belum. 

Jadi pagi tadi kami bawak Aiyra ke Hospital Serdang untuk temujanji scan jantung. Sebelum sampai ke hospital tu berharap sangat urusan scan berjalan lancar dan jantung Aiyra sihat sepenuhnya. Fuhhh berdebar² jugaklah melangkah kaki ke hospital, bukannya harap yang tak baik tapi biasalah perasaan kita sebagai mak kan? Hanya ibu² je yang memahami rasa tu!

Setelah hampir 2 jam menunggu tibalah masa jantung Aiyra akan di scan. Cara scan jantung ni sama macam doktor scan perut ibu mengandung, kita boleh nampak keseluruhan jantung tu. Proses scan berjalan lancar walaupun ada masa Aiyra mengamuk jugak, sampai terpaksa susukan dia nak bagi tenang. Lama jugak masa diambil sebab doktor kena scan keseluruhan jantung Aiyra, yelah kan nak dapatkan keputusan yang tepat. 


Alhamdulilah setelah selesai proses scan doktor terangkan jantung Aiyra sihat dan tiada dah 2 lubang yang terbuka kat saluran tu. Fuhhhhh leganya rasa bila dengar doktor cakap camtu, syukur sangat Allah permudahkan segalanya. Cuma kena ada satu lagi proses scan semasa dia umur setahun nanti, bulan 12 pulak kena datang. Kalau masa tu jantung Aiyra sihat dan tiada masalah, dah tak perlu buat scan lagi. Maknanya jantung Aiyra dah 100% sihat!

Tunggu temujanji umur Aiyra setahun pulak, harap semuanya baik jugak!

3 ulasan:

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com